Terasa macam nak berblogging balik.
Tapi malas nak menaip walaupun idea dalam kepala hotak aku ni dah fully loaded.
Ohh malasnya nak mencurahkan
ke ladang gandum lalu jadilah coco crunch! segala-gala curahan di laman sesawang blogspot ini.
Terasa macam nak luahkan isi hati dan perasaan ini.
Tapi apa yang nak di luahkan? Cinta yang tak kesampaian? Puiiii.
Terasa macam nak bagitau je semua yang dua bulan je lagi nak genap tiga tahun aku single.
Ye tiga tahuuuun! Perasaan nak bercinta tu memang ada.
Tapi macam tak perlu je? Tapi, komfem ke akan kekal ke jinjang pelamin? Tapi ada ke yang percaya "playboy" cam aku ni dah single hampir tiga tahun? Tapi.. Aku hanya bertepuk sebelah tangan je ke? Tapi.. Ahhhh!! Sudah cukup sudah!
Terasa macam nak bagitau yang tahun ni dah merayap ke merata-rata tempat!
Tapi aku malas nak share segalanya secara terperinci. Aku malas nak bagitahu yang aku pergi redah backpackers pi Pulau Kapas bertiga naik bas turun kat Marang dan bercuti kat sana tiga hari dua malam dengan budget RM300 dan malam-malam dok dekat tepi pantai sebab kat situ je line maxis kuat dan kami bertiga berwechat "shakes" secara berjemaah. Hari terakhir kami jakun tengok gewe-gewe pata timo molek-molek blako ketika menunggu bas di Kuala Terengganu. Terasa seperti tulang rusuk kiri ber-vibrate dengan sekala ritcher enam ketika menulis cerita ini. Owwwhh gewe Pata Timor~
Lepas tu yang malas nak bagitahu, again merayap bertiga kali ni dengan orang lain. Ber-rider ke Melaka. Dengan beg agak besar, terhuyung-hayang kene tiup angin, dan member seorang eksiden di selekoh yang sangat tak tajam. Mungkin dia berkhayal awek di Sabah kut ketika menunggang. Tak pun mungkin dia malas nak menunggang, maka dia sengaja meng-eksidenkan diri. Ingat kitorang nak panggil ambulans la tu untuk dia? Bahaha! Kesian member tulang rusuk patah and luka sana-sini. Dan kami? Oleh kerana kami malas, kami campak member eksiden ni kat umah member Jasin. Dan dari Jasin, kami merayap ke Muar, pusing-pusing jalan-jalan makan angin, makan ABC, makan murtabak Singapore, dan kene tahan polis sebab aku lesen L tapi aku menunggang berdua. Alhamdulillah abang polis JB ni baik, dia lepaskan kami setelah kami membuat rayuan dengan muke seposen yang ala-ala Izzue Islam baby face.
Aku juga malas nak bagitahu yang awal tahun aku redah pergi Pahang, temperature kereta naik kat highway Bentong, lepak kat Teluk Cempedak dan singgah kat UMP. Ok pastu aku balik, its a one day trip. Masa balik minyak kereta cepat habis dek kerana owner kereta jakun dapat bawak 140kmh/150kmh dekat highway jalan lurus. Kuajaq, mentang-mentang la aku yang bayar duit minyak. Masa nak turun bentong karak tu tahu pun kau nak bawak selow. End up, aku gak yang kene drive. Memang silap ar bagi aku drive kat selekoh selekoh tu. Bahahaha! Tapi, even hati ini sedikit hampa, diri ini terasa bahagia tatkala kau gembira menerimanya. Tersengih-sengih aku dalam kereta kerana kita dah lama tak ber-texting rancak sedemikian. Ohhh rinduuuunya!!
Owh terasa sangat malas nak menaip! Tengah tahun kalau tak silap pi Melaka dan ber-homestay di Pangkalan Balak bersama rakan-rakan kolej. Dengan homestay semurah RM150 satu malam untuk 10 orang lelaki, dan sajian BBQ yang disediakan oleh para-para wanita di waktu tengah-tengah pagi buta. Itupun buat BBQ lepas balik dari merayap kat bandar Melaka. Macam biasa lah kalau pi Melaka malam-malam, ofcoz akan pergi ke Jonker Walk. Last day, kami berpisah ikut haluan masing-masing, aku ikut member pi kenduri kahwin makan free kat Melaka, then pi merayap kat Bandar Melaka sekali lagi dan once in a life time, kami menawan puncak Menara Taming Sari. Member sorang ni time sampai kat puncak, orang semua dah bangun tengok pemandangan dengan jakun dan rakusnya, dia plak sorang je yang duduk diam-diam sambil tersengih-sengih macam baby dah terberak dalam pampers.Cehhh! Rupanya dia ni takut tinggi. Padahal dia yang beria mengajak naik. Hahaha! Papehal, salute kat dia sebab dia cuba untuk melawan rasa takut dia terhadap ketinggian.
Malasnye malasnye!!! Terasa malas nak menaip. Hurmmmm. One day trip ke JB hanya untuk buat inventory company. Tapi pergi dengan muke penuh keriangan sebab dapat merayap sorang-sorang! Bahahaha! And then kene pergi lagi sekali pada tarikh yang lain untuk arrange movement asset dari JB ke KL. Yang tu stay 3 hari dua malam dan penginapan di sponsor oleh company. Yahoooooo!!! Malam ke dua lak member JB bawak gi jenjalan area situ. Ohhh heaven-nye!! Berbowling even aku tak reti main. Melawat ke kawasan orang-orang kaya. Alaaaaaaaaa... Area sebelum Danga Bay tu? Entah ape tah nama dia. Karok tak hengat dunia lagu frozen ulang dua kali. Last but not least, makan chicken chop murah! Ohh indahnya syurga duniawi~ and part yang paling best sekali, balik KL naik lori. Kematu pungkoq hang wehhh 7 jam dalam lori. Hahahaha!
Bali, Indonesia? Ok ini lagi malas nak cerita. Len kali arhh aku ceghite. Byee~
Ehh lupa nak iklan. Just nak habaq, Nita chan tu comey oghang nya. Sapa-sapa yang nak masuk line, haa sila sila. Kekekeke.
Ughhh! Terasa macam malas pulak nak ending-kan entry ni.