Tuesday, 28 August 2012

Papan Kekunci


Hari ini.

Seharian membersihkan papan kekunci. (Keyboard la!)

Macam mana nak bersihkan?

Ahaaaaa! Mudah je!

Mula-mula kita tanggalkan semua huruf-huruf tuu.




Tanggalkan kesemuanya jika perluu.

Macam lappy aku ni, dah bertahun gak la tak service. -__-

Setelah kesemua huruf-huruf dicabut.


Lepas dah tanggal semua huruf-huruf tu.

Ambil vacuum dan sedut habuk, keropok, tali benang, batu yang terselit dekat celah-celah keyboard.

Ambil kain yang basah-basah kering,

dan lap kesemua huruf-huruf yang kotoq.

See? Teruuuk haa kekotoqran dia!


Setelah selesai, 

pasangkan semula huruf-huruf tadi~

Abaikan susunan huruf-huruf tu.

Orait siap!

Yeaaaaaayyy bersih! \(^_^)/



Monday, 27 August 2012

Iftar di Restoran Nelayan



Oww yeahhh! Tahun ni adalah kali ke-2 The Ministry of Photography (TMOP) buat event macam ni. Tahun lepas mereka buat dekat Restoran Nelayan, Titiwangsa  bersama anak-anak yatim rumah bakti Hulu Kelang, tahun ni pun buat dekat tempat yang sama, tapi dengan anak yatim yang lain pulak. PLUS! Tahun ni mereka ber-tag-team bersama RTM! (Dapat masuk TV tuuu!!) 

Macam biasalah, terimakasih beribu-ribu kepada Incik Naim Kecik sebab sponsor aku! Dan ta lupa juga terimakasih juta-juta kepada diri aku sebab full sponsor baju dan seluar raya! (Terharu terhadap diri sendiri)

Flashback detik-detik Incik Naim Kecik mengajak aku pergi event ini.

Naim : Weh Iwan, jum pergi berbuka puasa dengan TMOP!
Iwan : Ta nak ar. Malas.
Naim : Jum ar teman aku.
Iwan : Berapa kena bayar?
Naim : RM40 jer.
Iwan : RM40 JER kau cakap!? Ta nak ar. -__-
Naim : Aku sponsor, jum ar?
Iwan : Oke jum!
Naim : -___-

See!! Betapa obsesnya aku dengan benda-benda yang free ni! Bhahaha! Untung sungguh aku dapat member-member yang suke belanje member ni. Hehe. Ape-ape pun, terimakasih sekali lagi ye Incik Naim Kecik! :)


Tetibe aku rase pic ni lawa. Sape snap ea? Hehe.

Waktu berbuka puasa! :3

Kak Zab, Kyubi Fitri, Kak Wan Eiza, Golden Rose.

Yang biru tu abg Fitri & kak Nordyna.

Abg Zef berbaju biru, pengasas TMOP.


Lepas jamuan berbuka, kami disajikan dengan persembahan tarian nyanyian daripada artis-artis jemputan seperti Farah Wahida, Hazami sonata musim bunga, ratu cantik malaysia entah ape name dia, Aishah daripada juara bintang RTM dan!! Seorang penyanyi yang popular daripada youtube dan mendapat tontonan lebih daripada DUA JUTA penonton, tak lain tak bukan!! NAJWALATIF! Ainan Tasneem! (Hampa wehh! Gua ingatkan Najwa Latif la masa dia announce tu!)


Aisha, juara bintang RTM.

Incik Naim & Farah Wahida.

Incik Naim dan ratu cantik Malaysia entah ape name?

Hazami sonata musim tengkujuh.

Ainan Tasneem~


Malam yang bertuah buat Incik Naim Kecik sebab beliau menang nombor ekor cabutan bertuah.

Muke keriangan.


Dalam kesibukan orang ramai berebut-rebut na bergambar dengan artis, ade seorang mamat pelik yang pergi bergambar dengan DJ, staf dan krew-krew RTM. (Ni la yang dikatakan, masok ayaq!)



DJ Immey dan mamat 5 days MC.


Brother P.A. system.


Aku lupa ape nama brother DJ ni. -__-

Pacik P.A. system yang awesome!

Macik yang sporting! :D

Ainan Tasneem! Hoooo my~ 

Dan makanan yg aku makan. Eh? Ape kaitan? -__-


Last but not least, sesi bergambar beramai-ramai!




Artis, DJ dan TMOP.

Bersama anak-anak yatim. Naim amek kesempatan. -__-

Orang-orang kuat TMOP.

Dan antara crew-crew TMOP.


Having so much fun dengan mereka-mereka semua. : )
Sambil berserunuk, dapat juga mengeratkan hubungan sesama kami-kami.
(Dan dapat bergambar dengan Ainan Tasneem!)

Kepada abg Zef, tahun depan mohon buat lagi!
Dan kepada Incik Naim, sila belanja aku lagi ye! :D


Kami juga berada di youtube!
Mari mari tonton!

.
.
.

Wednesday, 22 August 2012

1 Syawal 1433H


Di hari rayaaaa~ Terkenang daku kepada si dia~ (Ohh si dia di Kedah~)

Raya wehhhh!! Raya rayaa!! Hari yang dinantikan oleh semua kanak-kanak di Malaysia sebab boleh kutip duit raya! Dan hari yang tidak seberapa dinantikan oleh mereka-mereka yang bakal memberi duit raya! Kan?

Raya pun raya juga. Dalam kegembiraan itu, jangan lupa pada mereka yang susah dan tiada apa-apa. Dikala kita makan banyak-banyak sampai perut fuuuull tank, ada mereka yang tidak bernasib baik, yang hanya mampu makan curi-curi di dalam 7eleven. 


Dekat 7e ade jual rendang? -__-



Dikala kita menjamah kuih muih, ketupat, rendang, kuih bahulu. Juadah enak warisan melayiuu. Adik adik berbaju baruuu. SELAMAT HARI RAYA DARI ANAKKU~ (Eh? Ini bukan ke lagu iklan jenama "Anakku" kat Sogo?) Ada pula, mereka yang hanya mampu menjamah ice cream dan sosej sahaja. Dah lah jamah ice cream dengan sosej, dekat 7eleven jugak pulak tu?


Cik Ada, muke ade banyak riang haa?


Budzar, kerakusan terserlah. XD



Apis, erk?




Dan dikala kita semua gembira serta bersuka ria pastu berseronok-seronok merayakan hari kemenangan ini bersama insan-insan tersayang, pernah kah kita teringat pada mereka yang bersedih, berduka, berforever alone sehingga terduduk tercangkung mengenangkan nasib diri yang ta seberapa bernasib baik?


Pun dekat 7eleven jugak?










Eh jap jap! Ape pasal aku rase cerita ni macam sedih je?


Oke oke straight to the ampang point. Owhh yeahhhhh! This is my life. Sedang orang seronok bercuti raya. Aku pula mengambil keputusan untuk bekerja. Almaklumlaah, nak sara anak-anak dan isteri-isteri. (Hehe jangan marah ye awak. Gurau senda je~) *wink wink ;)

Actually, Cik Ada yang mengajak saya untuk bekerja di store 7e yang di jaga beliau. (Store Manager la katekan~) Dia meng-offer gaji yang lumayan untuk lima hari bekerja, dan saya terus bersetuju setelah mendengar nilai yang disebutkan. (Mata duitan sungguh!)

Siyesly!! Branch 7e ni agak sunyi dan jarang dimasuki customer. Almaklumlah tengah cuti raya kan? But the best part is, 7e ni dah ibarat rumah kedua! Heaven sungguh dekat sini sebab ada store manager yang sporting macam Cik Ada ni dan juga staff-staff yang sangat gila-gila! :D


See see? Punye sporting store manager dia? Haha! XD

Dan Apis sedang? -__-
Buzar sedang men-tutor Apis.

Cik Ada kata, kami dibenarkan memakai baju raya ketika raya pertama dan kedua. Oww yeahhh~ Mungkin kami tidak senasib anda. Tapi kami juga beraya seperti anda! Beraya sambil bekerja! Dan jangan ingat korang je ade gambar raya. Kami juga ade taw! :D

Cik Ada wat muke sindrom beliau. -__-

Kami secara formal!

Gaya bebas kami di kaunter.
Gaya. Mutu. Erk?
Tempat untuk menyorok!

Dah macam rumah sendiri!
7 Eleven!

Jadi di kesempatan ini, aku menyusun sepuluh jari tangan dan kaki, aku mawuu minta maap andai ada tersalah kata dekat korang, tersilap pakai bahasa, tersentuh hati jiwa dan raga, atau terhempok dekat mana-mana. BAIK KORANG MAAFKAN CEPAT!!  Hehe. Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Tenaga Batin~ ;)


"Taqabbalallahu Minna wa Minkum."
Semoga  Allah SWT menerima amalan kita di bulan Ramadhan ini. Aminn. :)


Thursday, 16 August 2012

Cobaan


Hari ni kerja macam biasa.


Pergi Damansara.


Jalan raya SESAK seperti biasa.


Drive, ngantuk, drive, ngantuk.


Text si dia.


Mengantuk hilang serta merta!


TERIMA KASIH si dia!


Lepas lalu Muzium Negara.


Hujan turun lebat GILE!


Still lagi mengantuk.


Nak text dia tapi.


Dia tenga enjoy dengan kawan-kawan dia.


So, tak mo kacaw si dia.


Nak tak nak.


Memandu pun terpaksa slow.


Alhamdulillah selamat sampai.


Tapi part yang tak best.





Sangat ta perasan!


Mungkin time hujan lebat tu kuut kena langgar dari belakang.





Sabo je laa.


Mungkin aku ade buat salah kat orang.


Dan ni balasan dari tuhan. -__-


What you give, you get back.


Kalau Allah tak bayar secara "CASH",


Allah akan bayar secara "CREDIT".





Ape la nasib~





Dugaan sungguh di bulan puasa ni.



"Allah hanya akan MENGUJI hambanya itu mengikut KEMAMPUAN mereka."
Insyaallah ada hikmah di sebalik semua yang berlaku. \(>_<)/


Wednesday, 15 August 2012

Respond : Iftar Yang Tak Dirancang


Status Lyna Mael~




antara yang perlu dimention adalah!







Dan status Nuar Majid.





.