Monday, 24 September 2012

Refleksologi Stone!


Waaaahhh! Tajuk english gituuu~ Kelas kauu jaaaah! Eheeeee. 

Jadi kali ni nak merapu sikit pasal batu-bata refleksologi. 


Apakah itu batu refleksologi? 

Korang tahu? 

Pernah dengar tapi tak pernah nampak? 

Pernah nampak tapi tak tahu apa nama dia? 

Tak pernah dengar, tak pernah nampak, 

dan tak pernah tahu pun yang batu ni pernah wujud di bumi 

sejak zaman Melayu Melaka dahulu? 


Aisehhhhh. Tak kan tak tahuu kut? Alaaaar batu bulat-bulat, tajam-tajam, yang diorang susun-susun bercorak-corak, pastu warga-warga gajah emas suka jalan kat atas batu-batu kecik ni dengan penuh tenang, ke-macho-an sambil buat muka duck face 5 days MC~ (Padehal tahan sakit, muke dah meneran-neran!) 



Ni la dia batu-batu comel tu!


Sepertimana yang korang tahu mahupun tak tahu, batu-batu ni ada pelbagai khasiat. Selain daripada boleh dimakan begitu sahaja bersama roti Gardenia dan Hi-5, ianya juga boleh dijadikan peluru untuk melastik tengkorak orang yang buat fitnah pasal kita dan juga boleh di guna pakai untuk menyendal pintu kelas yang sering tertutup dikala ditiup angin sepoi-sepoi kentuut. Kadang-kadang, batu ini juga digunakan oleh warga emas sebagai gigi palsu mereka. Ianya bukan sahaja menjimatkan kos, malah ia juga mesra kepada alam environment.



Mungkin berjalan di atas batu refleksologi merupakan perkara biasa bagi anda.


Jika anda mahukan kelainan, anda boleh cuba berbaring di atas batu-batu itu.


Berkuak dada.




Atau!


Anda juga boleh cuba berjalan di atas batu-batu itu,

dengan gaya kingkong terkangkang menahan sakit kaki.





Dan jikalau kulit kaki anda dah terlalu TEBAL ibarat kulit buaya,

atau anda adalah buaya darat yang semula jadi,

anda bolehla ajak kawan-kawan anda untuk acara,



"50meter Lari Pecut Berhalangan di Permukaan Batu Nisan Refleksologi!"




Jadi dengan ini saya sangatlah berharap, 

sukan paralimpik ini boleh dijadikan sukan rasmi di SEMUA sekolah, seluruh Malaysia.


Dan saya berharap juga, 

sukan ini dijadikan ACARA RASMI untuk sukan olimpik kelak.
(Komfem Husin Bolt pun tak boleh pergi jauh punya!)



"Marilah kita sama-sama memajukan SUKAN dan PERUT untuk negara!"
Tuah ayam nampak di kaki, orang gila je buat kerja macam ni. Sekian, KaramKuun Walia melapurkan.

Saturday, 22 September 2012

Goyang Kelapa / Coconut Shake




Pernah tak korang dengar pasal coconut shake? Tak pernah? Orang KeyEl memang sah sah la tak pernah dengar pasal benda ni. Aku ni pun baru tahun lepas tahu pasal benda ni. Tu pun Arad yang habaq mase kitorang bercuti kat Melaka (hometown of Arad), kalau tak, komfirm tak kenal punye dengan benda alah ni.

Arad kata, tempat lahir asal coconut shake ni adalah dekat Pantai Kelebang. Benda ni tersangatlah popular dekat Melaka sampai "Jalan-jalan Cari Makan" sanggup datang ke Melaka untuk merasa benda ni. Kalau korang nak datang, sila jangan datang weekend kerana dikhuatiri tempat itu akan jadi terlalu sesak di kunjungi oleh pervert para pelancong. Tapi Arad penah cakap, dia sesak sebab ramai orang tapau-away, dine-in dia ta sesak sangat pun. 

Nak di jadikan cerita, time rumah terbuka Naim Korea hari tu, Arad tiba-tiba cakap nak buat coconut shake. Dia mengidam la tu. (Nasib baik dia tak cakap nak pergi beli coconut shake dekat Melaka.) Memang kelapa depan rumah Naim Korea la yang akan menjadi mangsa. Dan mangsa si pemanjatnya, tentulah aku. (Why always me?) ~(-__-~)



"Weh wan, pergi amek kelapa, kita buat coconut shake."

"Kejap la aku tengah makan ni."

"Cepat la sikit makan. Lambat ar kau ni."

 Lalalala.. ~(-__- )~

Mee spagedik + kuah laksa.


Setelah selesai makan makan dan makan dengan kenyang, Arad pun pergilah meminta izin dekat ayahanda Naim Korea untuk memetik buah-buah kepala yang mekar dan ranum di hadapan rumah Naim Korea. "Amek la semua. Nak amek dengan batang-batang sekali pun tak pe" pesan ayahanda Naim Korea. Hahahaha!



Misi memanjat dimulakan!

Sila jangan cube try test aksi ini di rumah.
(Sebab pokok kelapa mane de tumbuh kat dalam rumah.)



Sebenarnya, tak susah mana pun panjat pokok kelapa ni (kalau guna tangga).

Tolong-mentolong.


Selesai memetik pokok kelapa, kami berempat menuju ke perkarangan rumah Arad untuk memulakan operasi. Tapi sebelum itu, aku dan Jenny pergi ke Carefour membeli ice-cream vanilla. Manakala Arad dan Aiman pergi ke kilang ice untuk membeli ice hancur. Better pakai ice hancur sebab mudah untuk di blend. Tapi dekat kedai, jarang mereka jual ais hancur.



Misi 1 : Kasi settle itu kelapa!

Siyes ta reti. Kasi tibai je la! -_-



Misi 2 : Kasi korek itu isi!

Isi yang tebaal~


Korek korek korek~


Isi-isi kelapa.



Misi 3 : Kasi campur itu semua ikut suka dan blend!

Air kelapa, isi kelapa, ice hancur,
air gula, dan ice cream vanila.



Siap di blend!


Misi 4 : Sudah siap? Kasi makan laa! ~(-_- )~

Om nom nom~



The mastermind!



The right hand man!



The Jenny! -__-



The me! :D



Hari yang mengenyangkan! Dekat rumah Naim Korea makan laksa dua round. Jenny malu-malu nak buat round ke-dua. Cheh! Tak cukup laksa, pi tibai kuih-muih serta biskut raya Naim Korea. Biskut choc dia sangat sedaaaap kut! Lepas makan-makan di umah naim, pi tibai pulak coconut shake. KENYAAAAAANGGG!! Alhamdulillah. Rezeki rezeki~



Yang ni sape nak kemas? -__-

Monday, 10 September 2012

Plants Vs Zombie : How To Patch



Kehadapan si gajah, mengidam ye nak main game ni? Haaaaa ni untuk anda.
(Main reti, nak install reti, patch tak reti pulak?) ;p


Oke first of all, ofcourse kita install dulu game tu.
Mana nak dapatkan installer? Oke sila cari sendiri di Google search. ; )


Dahh jumpe? Dahh download? Orait jum install!

Double click pada installer itu.




Dan benda ni akan keluar. Sila tekan next.




License agreement, click "I do" "I Agree".




Sila tunggu sehingga process installing itu siap. Tak sampai 5 minit pun. : )




Oke siap! Sila hilangkan tanda right dekat "Launch game now" tu dan tekan "Done".




Orait, proses meng-install telah siap. Sekarang, mari kita menge-patch pulak.


Oke, mula-mula extract dulu patch tu. Klik je dekat "Extract Here".




Lepas dah extract, akan muncul satu folder baru!




Klik pada "Patch".




Sila cari lokasi PVsZ anda. Saya punya di C: > Prog File > PopCap Game > Plants Vs Zombies. Then klik pada open.




Oke done! Tekan je exit dan selamat bermain~ ; )







Main pun main jugak. Homework yang bertimbun-timbuun tu jangan lupa siapkan! 
(Tu pun kalau tak malas la~) :p


Friday, 7 September 2012

KITA BERTANYA AL-QURAN MENJAWAB





Renungan untuk diri sendiri..


KITA BERTANYA : KENAPAKAH AKU INI DIUJI ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Apakah manusia itu mengira bahawa
mereka dibiarkan saja mengatakan,”Kami
telah beriman? sedangkan mereka tidak diuji ?Dan
sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yg
sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah
mengetahui orang-orang yg benar dan
sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.”
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA: KENAPA AKU TAK MENDAPAT APA
YG AKU IDAM-IDAMKAN ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal
ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui
sedang kamu tidak mengetahui.”
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Allah tidak membebani seseorang itu
melainkan sesuai dengan kesanggupannya,”
-Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST ATAU BEGITU KECEWA ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Jgnlah kamu bersikap lemah. dan janganlah
pula kamu bersedih hati, padahal kamulah
orang-orang yg paling tinggi darjatnya jika
kamu orang yg beriman.”
-Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA: BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah)
dengan jalan sabar dan
mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya
sembahyang itu amatlah berat kecuali
kepada orang-orang yang khusyuk.”
-Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA LAGI : APA YANG AKAN AKU PEROLEHI
DARI SEMUA INI?

MAKA AL-QURAN MENJAWAB
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari
orang-orang mu’min, diridan harta mereka dengan
memberikan syurga untuk mereka… ?
-Surah At-Taubat ayat 111


DAN KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA HARUS AKU LETAKKAN HARAPAN ?

AL-QURAN MENJAWAB
‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan
selain dariNya. Hanya kepadaNya aku
bertawakkal.”
-Surah At-Taubat ayat 129


KITA BERKATA : AKU TIDAK TAHAN MENANGGUNGNYA !

LANTAS AL-QURAN MENJAWAB
“……dan jgnlah kamu berputus asa dari
rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dari rahmat Allah melainkan
kaum yang kafir.”
-Surah Yusuf ayat 12


Sesungguhnya Allah S.W.T. itu Maha Pengasih dan Penyayang terhadap hamba-hambaNya. Oleh itu marilah kita menjadi hamba yang bersyukur, bersabar dan sentiasa redha dalam setiap keadaan, sama ada senang atau susah. Moga-moga Allah S.W.T. akan memberikan balasan yg tak tergambar indahnya di akhirat kelak… insyaAllah. Tatkala kamu menghadapi kesusahan, igtlah sesungguhnya ada ramai lagi orang yang menderita dengan kesusahan yang lebih dahsyat dari kita, dan tatkala kita mengalami kesenangn pula, ingatlah yang segalanya datang dari Allah S.W.T dan ianya boleh hilang bila-bila masa sahaja. Segala puji bagi Allah S.W.T. pemilik sekalian alam ini, wallahu’alam.



"Segalanya datang dari Allah S.W.T dan boleh hilang bila-bila masa sahaja."
Ya Allah, ku bersyukur di atas segala nikmat yang telah Kau berikan dan terima kasih kerana menemukan dirinya dengan diriku.  :)

.