"Wann, jum makan nasi arab?"
Eh? macam lari tajuk je?
Apa mimpi lah si Arad malam ni? Memula da cadang kat dia pi makan kat Samin Wa Asal, kedai member kitorang juga. Tapi tak jadi. Then Naim korea bagi cadangan, pi makan dekat kedai flat Taman Dagang. Aku pun oke je, sebab ade satu kedai tu, chef waiter cashier dia semua gewe-gewe. Molek molek pulak tu!
(Ni nak pi makan ka atau na pi cuci mata?)
(Ni nak pi makan ka atau na pi cuci mata?)
Sesampai je after the trafic light near berdekatan Al-Ikhsan, secara tak semena-menanya, dan tidak disengajakannya, kami terubah pikiran lagi.
"Kat Galaxy ada kedai cina muslim kan? Jum try?" kata Arad.
"On jaaaa!" aku menyahut.
"Agak-agak ada jual pork tak?" Naim korea tiba-tiba bersuara.
Lalu aku pun dengan spontannya menjawap "Ampa jangan risau, pork kat situ halal. Dulu masa mula-mula pork tu lahir, diorang dah azankan dulu da pork tu, siap ajar mengucap kalimah syahadah lagi. Ahahaha!"
Lalu aku pun dengan spontannya menjawap "Ampa jangan risau, pork kat situ halal. Dulu masa mula-mula pork tu lahir, diorang dah azankan dulu da pork tu, siap ajar mengucap kalimah syahadah lagi. Ahahaha!"
AMARAN KERAS! : Sila jangan tiru aksi-aksi KURAFAT kami ini di rumah mahupun di khalayak umum ataupun di laman muka buku. Ta pasal-pasal korang kena banned oleh masyarakat nanti. -__-
![]() |
| Kedai ni terletak betul-betul dekat corner Galaxy Ampang. |
Korang boleh pilih sama ada nak makan di luar, ataupun di dalam. Apa yang specialnya makan di luar dan di dalam? Makan di luar, korang akan dapat menikmati makanan korang sambil menghirup udara luar. Dan makan di dalam pula, korang akan dapat menikmati makanan korang sambil menghirup udara dalam. Tu je kut?
Oke, setibanya kami di kedai Pak Ya, kami tanpa ragu dan garu terus menuju ke dalam untuk menikmati udara dalam. Hatta kami melabuhkan punggung di permukaan kerusi yang di sediakan, kami di service oleh seorang brother yang aku rasa, beliau adalah cina muslim.
![]() |
| Tu dia menu yang dihulurkan~ |
Oleh kerana berada di restoran Cina, jadi kami bercadang ingin mencuba sesuatu yang agak ke-cina-an. Memula agak pening gak laaa nak pilih air yang bakal di minum. Setelah mendapat undian dari para penonton, akhirnya air-air inilah yang menjadi finalist kami.
![]() |
| Naim korea - Apple susu RM3 Kuun - Teh 3 layer RM3 Arad - Lemon juice RM3 |
Orait! Air sudah order, sekarang turn untuk meng-oder makanan yang mempunyai unsur ke-cina-an pulak!
![]() |
| Nasi Ko Lo Yok for Arad |
![]() |
| Lo Shi Fun for me~ |
![]() |
| Dan Naim korea pilih Nasi Kam Heong! |
Setelah order benda alah ni, Arad tiba-tiba meng-offer kepada kami untuk order side dish ayam or daging yang berharga tidak lebih RM10. Dan dia BELANJA! Kami pun ape lagi? Bukak balik menu dan aku laju-laju cadangkan untuk makan yang ni!!!
![]() |
| Bukan ayam, bukan bola chicken, tapi ITIK PANGGANG! :D Aku tambah RM10, Naim korea tambah RM5. |
"Aunty aunty! Kami mau tambah ini order itik panggang."
Aunty tu tersenyum-senyum dan berkata,
"Itik panggang ar? Oke oke~"
"Arr aunty aa aunty aaa! Itik panggang dalam bahasa cina ape ea?"
"Arr aunty aa aunty aaa! Itik panggang dalam bahasa cina ape ea?"
"Ahahahaahaahaha!" aunty tu tetibe gelak.
"Hahahahaha!" aunty tu gelak second round.
"Aaahahahaa!" aunty ni still lagi gelak. -__-
"Itik panggang arr? Cina cakap So Yow"
"Ohh oke! Kita orang mauuu order, Sooo Yow~"
"Aahahahaa!" aunty tu gelak lagi sekali.
Setelah beberapa minit menunggu, benda yang dinanti-nantikan telah tiba!
JENG JENG JENG JENGGGGG!
JENG JENG JENG JENGGGGG!
![]() |
| Howw yeahh how yeahh! Sitt fannn arr sit faan! :D |
![]() |
| Arad bersama nasi + ayam sweet sour. |
![]() |
| Laksa blackpaper? :D RM6.50 |
![]() |
| Naim korea dengan nasi ayam ape tah? RM6.50 |
And here comes the main dish!!
![]() |
| ITIK PANGGANGG!! |
![]() |
| Punggung itik for the win! RAWRRR! (Sopan tak bahasa aku?) |
Daging itik ni agak liat sikit tapi sedap! Lagi-lagi kalau cicah dengan sos yang disediakan. Perghhhhh! Terlioq aku. Jadi pasni kalau korang ingin kan satu kelainan dan ke-rare-an, boleh la try makan dekat kedai Pak Ya ni. Kalau dah makan dekat restoran cina, aku suggest korang order la yang cina cina sikit. Baruuu la feeeeel~ (I got the feeling~) Diorang pun ade sediakan sea food dan aku agak terlioq tengok sotong goreng tepung dia. Haaaaaihhhhh. Takpe-takpe, next time kita datang lagi ye?
Apa-apa pun,
"Mencari yang halal itu adalah fardhu~"
Naim korea hampa sebab tade jual pork dekat situ. Ahaha! XD













