Masihkah kau ingat, sekuntum bunga ituuu~
Di tapak tangan ini ia menjadi layuu~
Lalu ku genggam ia menjadi debu~
Masihkah kau ingat..
Masihkahh kau ingattt....
P/s : Lagu Kopratasa masa aku darjah lima dulu.
Awak.. Awak ingat lagi tak?
Pertama kali kita bersua muka.
Awak berada di situ bersama kawan-kawan awak.
Saya pula tak pandang awak langsung.
Almaklum la, naluri lelaki.
Pandang yang lawaaaa je.
Kemudian kawan memperkenalkan saya pada awak.
Awak kelihatan sempoi, slumber dan sakai.
Mungkin saya tak jatuh cinta pandang pertama terhadap awak.
Tapi naluri hati saya kuat mengatakan...
There's something special about you... :)
Satu pertemuan yang tidak di duga.
Pertemuan yang tidak disangka-sangka.
Dan pertemuan yang telah menyatukan hati kita berdua..
Awak,
Terima kasih kerana sentiasa berada di sisi saya.
Terima kasih kerana sabar dalam melayani karenah saya.
Terima kasih kerana sanggup meredah hujan bersama saya.
Terima kasih kerana menerima saya seadanya.
Awak,
Hari ni sikit lagi saya dapat bawak awak sehingga 140km/h.
Tapi apa kan daya, tak sempat nak snap picture.
Saya hanya mampu snap yang ni je awak.
Tak mengapa,
Nanti saya kumpul duit,
saya tukar block awak kepada FZ ye?
Nanti boleh la kita pergi lebih lajuuuu~
Bersama-sama...
Fiuuuuuuuuuhhhhh~
*Bunyi angin 150km/h
"Tunggang dengan cermat, ingatlah si muncett yang tersayang."
Matilah aku kene luku kat kepala kalau dia baca ni. Hahaha! XD
Dari jauh lagi dah dengar melodi bongo, tabla dan rabbuka yang di iramakan mengikut rentak dangdut Arab. Kepala aku pulak terhangguk-hangguk atas bawah kanan kiri depan belakang akibat terikut-ikut melodi dan rentak yang mengasyikkan tu~
Kedatangan aku, Ikhmal Pedi, dan Ejal disambut dengan hujan rintik-rintik air bergelora, emak kasi duit, kite pi enjoy ler, di padang Taman Tasik Titiwangsa berdekatan dengan restoran Nelayan yang dah tutup dan terbengkalai tu.
Sesampainye kami di khemah setelah menempuh jungle treking dan padang yang lecak, kami di sambut oleh kedua mempelai Wani dan husbennye yang hemsem, segak lagi macho~ (eh dah macam gay la pulak aku ni)
Ehhh alamak!
Salah upload pic pulak.
Hi hi hi.
(P/S : kepada bakal-bakal isteri-isteeriku sekalian,
nanti kite snap satu pic macam ni juga ye!) ^_^
"Waniiiiiiiiiiii!!" aku separa menjerit sambil melambai-lambai tangan keriangan melihat Wani seraya menghulurkan tangan bersalaman dengan encik hubby Wani tanda ukhuwah yang sejati~ Eceewahh!
"Mana yang lain semua?" aku pandang sekeliling lalu ter-jetleg seketika kerana seperti sedang berada di tanah Arab. Arabian is eeeeverywhere~ Yaleeee yaleeeee~ XD
"Tu haa diorang kat sane," Wani mengangkat tangannya menunjuk ke arah barat daya 30meter persegi dua di bawah par teh tarik satu ikat tepi.
Seraya itu aku terus menoleh dan men-trace mereka seperti GPS (Guna Pun Sesat) sedang mencari haluannya.
"Ting ting! Target spotted!"
Kelihatan kelibat Dindang, Ali, Zafro dan Sara Wuu arah jam sebelas, manakala Zariq, Zaki and the geng di arah jam dua. Kami segera menuju ke group Dindang dan join mereka di atas semeja.
"Wehh korang dah makan?" ayat typical yang akan terkeluar kalau pergi wedding. Makan makan makan~ Mane lah badan tak naik?
Jadi, inilah dia lauk untuk malam ni. Its Arabic dishes man!! :D
Sayur, kuah dal, ayam, dengan daging lembu.
MARVELOUS!
Ejal serta perangai uniknye memang tak dapat dipisahkan.
Malam tu dua pinggan jugak la dia tibai makanan Arab.
"Bayar RM10 tapi dapat tambah dua kali, nasi Arab pulak tu!" katanya~
Ejal penyesalan.
The duckface! :D Oni dan Ali.
Ikhmal Pedi dua kali tambah juga~
Selesai kami bertiga makan, rakan-rakan lain tiba-tiba menghilangkan diri.
Toleh kanan toleh kiri, semua dah ada berdekatan pelamin sedang berdiri.
Kami pun ape lagi, angkat kaki, jalan sendiri.
Sedang menuju ke pelamin berjalan kaki,
ternampak sekumpulan pak Arab di tengah-tengahnya sedang menari!
Aw chak aww chak~
Ahli music irama Arab~
Mereka menari dengan penuh selamber.
Tetibe aku teruje dan over excited bila tengok diorang menari!
Yahuuuuu! Makan free!
Semalam makan free dekat open house rumah Aiman,
hari ni ada orang belanja pulak.
Ni yang sayang kak Pija lebih ni! ;)
Hati aku terguling-guling keserunukan tahap gaban!
Tapi tahap kesihatan ku ta benarkan aku makan banyak,
mual-mual na muntah, kalau tengok saiz perut ku,
mungkin dah bunting tiga bulan.
Banana Caffe jadi lokasi Maghrib ini,
Bubuq ayam dan ayaq epal menjadi pilihan ku,
dan kak Pija pula order sup campoq, ayam daging masak ape tah,
dan nasi putih sepinggan ditemani sambal belachan dan timun sikit.
Dia ni makan banyak, tapi badan still maintain,
Cissss! Jeles tol aku.
Azan Maghrib berkumandang dikaca TV flat screen,
kak Pija bingkas bangun dan basuh tangan di sinki.
Makan pakai tangan? Waoooo ayunye~!
Perempuan penang terakhir~ Hihi
P/s : Jangan puji sangat, nanti dia kembang melampau-lampau. Haha!
Tempat yang dituju pada malam ini,
malam di mana harga minyak dinaikkan 20sen.
Kak Pija kata benda ni untuk CUCI tangan. Cuci tangan?
Kening kanan ku terangkat seperti The Rock tanda kehairanan,
dahiku mule berkedut-kedut,
dan automatik aku gelak terkekek-kekek!
Wahahahaha! XD
Dia buat muka tak puas hati sebab aku gelakkan dia,
ahh peduli apa aku, gelak tetap gelak!
Bahahahaha! Kejam tak kejam tak! XD
Muka dia teramat lah comei menahan kegeraman. ^_^
Maggie goreng.
Tiga hari dalam perut tak hadam,
ni lah antara contoh-contoh unta bandar. Hahaha!
Wahai kak Pija yang disayangi,
kurangkan la makan maggie~
Kalau nak makan pun, jangan hari-hari,
pesanan dari si montel mu yang comel lagi baik hati.
Hihihihi. :p
Berbuke puasa sudah,
shopping barang pun sudah,
haaa ni lagi satu aktiviti,
perempuan dan aktiviti ni memang ta dapat di pisahkan,
bagai isi dengan kuku,
bagai aur dengan tebing,
bagai potato ngan cheesy wedges,
dan bagai pelempang dengan pipi.
Ohhh malasnye aku nak taip panjang-panjang.
Seterusnya, biar gambar yang berbicara.
Andai korang menetap di Ampang,
mungkin korang tahu lokasi-lokasi pic di bawah ni. :D
Itulah hari kejadiannya,
petang tu hujan turun mencurah-curah di tanah Lembah Jaya,
Naim besaq dengan Ijal langsing dah message suruh aku datang cepat.
Aku pi Aeon Big sat, aku lupe aku buat apa dekat situ.
Yang aku ingat, aku ajak Naim kecik tapi dia tak boleh join.
Kena jaga kedai katanya.
Open house rumah Aiman memang tak boleh miss!
ABC, lemang, ketupat, dengan rendang opah memang terbaik!
Ahmad Nazreen bawak famili kali ni,
tapi ter-miss mama dia,
yg hadir hanya si ayah, angah dan Mikhael si sparta.
Si Naim besaq suke snap snap gambar,
tapi gambar sendiri lupa nak snap.
Ijal dengan diet pemakanannya,
itu kalori, ini kalori, semua kalori dikiranya,
last-last dia tumpas gak dengan keenakan rendang opah.
Aku?
Ohhh persetankan diet ituuu~
Unleashed the SAKA! Makan tetap makan!
See, betapa rapuhnya pendirian ku,
lemang, rendang, lemang, dua kali aku tambah,
ayaq batu campoq, kari ayam, mushroom soup, ketupat,
semua aku tibai.
Perut dibelai-belai tanda kekenyangan yang melampau.
Masa balik singgah Aeon Big nak timbang berat badan,
aku banyak makan masa kat Tioman tempoh hari.
Ahhhhh!
Tapi masa dekat Tioman aku dah jungle treking!
Empat jam pulak tu perjalanan,
pasti sudah turun sikit berat badan ku ini,
Diri ini diselubungi dengan misteri.
20sen dimasukkan ke celah lubang mesin penimbang,
ketika ini minyak Ron95 belum naik harga lagi.
Kling kling kling!
Bunyi syiling itu bergolek-golek di dalam mesin,
dan mesin itu segera menjalankan tugasnya,
mata ku terbeliak melihat result,
dan aku tertunduk berlalu pergi,
"Mungkin esok minyak nak naik harga kut, tu yg berat aku naik."
Tatkala hati sedang kucar-kacir, gundah gelana, dan lost season 3. Muncul status ini di facebuuk~ Ternyata Allah itu maha penyayang dan maha mengetahui isi hati hambanya ini. *terharuu T-T ::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::: Kebanyakan manusia dilanda kerisauan dan kebimbangan... 1. Risau pasal kerja 2. Risau pasal anak 3. ...Ada yang risau pasal apa yang jiran mereka fikirkan.... Malah ada kawan-kawan kita yang suruh - "Kita harus risau" pasal sesuatu.... Tapi merasa risau/bimbang terhadap sesuatu adalah tiada berfaedah - ia melahirkan air liur beracun, membuka pintu untuk melayan bisikan syaitan untuk menakut-nakutkan kita dengan segala bayangan... "Jika itu... Jika ini... apa yang bakal berlaku..." Ingatlah hidup ini tidak mungkin seperti garisan ufuk - kita akan jatuh sakit, kemalangan berlaku, ditimpa masalah kesempitan duit - namun semua ini tidak patut dijadikan alasan untuk hidup dalam kebimbangan. Apabila krisis datang, hadapinya sejenak sahaja, ambil satu langkah kecil demi langkah kecil, jika 24 jam terlalu panjang, tempuhi 5 minit.... Kebimbangan ini sama seperti keadaan kita perlu melintas sungai besar melalui satu titi kecil... sekiranya mata kita memandang jauh ke seberang sungai, kita terasa bimbang kita akan jatuh ke sungai semasa menyeberangi titi tersebut.... Orang yang merasa bimbang akan dirinya akan membayangkan apa yang berlaku sekiranya beliau jatuh ke sungai... ada yang terfikir sungai ini ada buaya... bimbang kepada kedalaman air... bimbang kalau jatuh terkena besi, akan luka dan mati... jika mati, siapa yang nak jaga anak, ibubapanya... dan segala jenis bayangan yang menakutkan. Orang yang menangguhkan bimbangnya, mereka akan fokus mata dia pada langkah seterusnya satu persatu melintas titi tanpa melihat ke seberang... akhirnya dia akan berjaya melintasi titi tersebut tanpa ada masa untuk merasa bimbang, kerana segala tenaga dan fokus dia diberikan kepada pada langkah kecil seterusnya semasa menyeberangi titi. Sama juga menghadapi kemelut kehidupan, kita akan hancur sekiranya kita memberikan lesen kepada bisikan syaitan untuk membawa minda kita ke masa depan dengan pelbagai bayangan yang menakutkan seperti orang yang berdiri di tepi sungai membayangkan segala kemungkinan semasa naik ke titi. Apa yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah risau/bimbang pintu ke gangguan bisikan syaitan? Tangguhkan dahulu. Tangguh kebimbangan kita. Buat sesuatu dulu (lintas titi dengan langkah pertama), tangguh bimbang kita. Jangan dok bimbang, bingkas bangun dan pergi buat sesuatu untuk selesaikan masalah yang ada. Untuk hindar daripada menghabiskan masa dalam bimbang dan risau, hiduplah dalam keadaan semasa. Buat segalanya yang kita mampu hari ini, dan biar esok untuk hari esok. Lihatlah kembali kehidupan kita, tanyalah diri, apakah ada situasi yang anda pernah tidak berjaya lalui sehingga hari ini? Tidak kan? Kerana kalau ya, anda tidak mungkin dapat mem-baca mesej ini. Sesungguhnya kita mampu menghadapi keadaan semasa, hanya masa depan bayangan minda saja yang mengacau kita. Sekadar berkongsi motivasi. SENYUM dan ingat Allah selalu. :::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::
Tenks a lot Madam Syeera! <3
"Jangan dok pikiaq bimbang ja. Mulakan langkah pertama dengan Bismillah."