Monday, 22 April 2013

Wedding Puan Wani!





Nur Hazwani Bt Wahab! Wehhh selamat menjadi isteri orang yang sah! 

Huweeeehh~  Seorang lagi member aku telah berjaya menamatkan zaman bujangnya.
Dan kini beliau sedang berbulan madu bersama suami tercinta di Bali, Indonesia.
Oke ini sangat tak acii dan boleh mendatangkan sifat jeles serta cemburu kepada kawan-kawan
serta sahabat handai yang lain.

Tapi papepun, kami semua mendoakan agar semoga kedua mempelai berbahagia di dunia, hinggalah ke syurga serta laju-laju lah menimang cahaya mata. Aaminnn aminnnn ya Allah.


Jadi, wahai Puan Nur Hazwani Wahab!
Sedang kau dok busy berkepit dengan suami mu, inilah aktiviti beberapa rakan-rakanmu yang berjaya menghadirkan diri ke majlis raja sehari mu~


Qilah dan Nina

Qilah datang dari JB, dan Nina sanggup turun KL dari Melaka just for you!
Dan aku merangkap sebagai drebar mereka, pasni aku nak claim duit minyak kat kau buleh? Hehe.


Ikmal serta pasangannya.

Merpati dua secoli. Tembak pastu masak buat merpati golek pun sodap nih. Haha!
Ikmal juga sanggup turun dari UPM demi mu wahai Wani~
Terharu tak terharu tak? :D

Alamak! Gambar Naim nga Mus aku ta amek sebab diorang sampai awal sikit daripada kitorang. -_-

Kau tawuu tak Wani? Setibanya je aku melangkah ke perkarangan majlis setelah bersalaman dengan Pacik Wahab, mata aku terus tertumpu ke sudut yang agak menggiurkan!


CANDY BOOTH!!

Hati ku meronta-ronta ingin berlari,
Melompat ke dalam swimming pool ala-ala Pandalela Riong Mahawangsa!
Lalu terus melulu ke arah candy booth!!
Tapi apakan daya, itu hanya kata hati.
(Oke aku lupa nak snap picture kolam renang. SEDIH!)

Haa Wani Wani!! Mase kitorang masuuk je majlis kau, tengok-tengok Mus da makan dulu.
Sampai hati tol dia tak tunggu kita orang. :(


Harapkan pagar, pagar makan nasi briyani
denga milo tabur ikat tepi.

Oleh kerana Aqilah mengadu kelaparan sambil berguling-guling sejak dari LRT Ampang lagi time tengah tunggu si Shazlina, kami pun tanpa ber-akal panjang, terus menyerbu lauk pauk dan nasik nasik kat bahagian belakang yang line clear tu! :D




Rendang dia memang terbaek wehh!! Pastu makan dengan pulut, perghhh memang feel!
Nasi pulak ada dua jenis, nasi minyak dengan nasi warna warni.
Sambal belachan ngan papodom memang tak boleh miss kalau pergi mana-mana kenduri kahwin!


Tengah tengah syok makan, tetiba pulak ada announcement~


Ding Ding Ding Ding~


Ketibaan kedua mempelai~
My bad, aku terpaksa toleh belakang kalau nak tengok mempelai tu.
Oleh kerana lapar sangat, aku toleh kebelakang sambil mengangkat pinggan dan makan.
Bahahaa! (Rosak majlis orang weh~) -__-


Yang bawah ni, mempelai mempelai ni da masuk rumah, baca-baca doa, pastu diorang keluar balik
untuk pergi ke meja pengantin, makan beradab~

Biru tema mereka~


Selesai je makan, kitorang bantai snack dulu!




Satu meja ada TUJUH orang, snack ada satu pinggan ni je.
Memang tak cukup ar kalau bagi Naim Korea sorang je makan.
Oleh kerana tak cukup, Naim Korea pun mula menunjukkan belang serta muka pervert beliau.




So Wani, kini terungkai lah misteri balang cookies yang habis tu.
Inilah dalang di sebalik balang-balang cookies yang kosong dan LICIN tu!! HAHA!! XD


Ok, aku da malas nak cerita.
So, aku persembahkan picture picture yang lain ye?


Vampire Cookies!



Apesal semua buat muka terkejut? -__-



Lina sebenarnya nak karaoke.



Kecik-kecik lagi da main PAD! -__-



Musssss MAY!



Photog  tak berbayar.



Ikmal dengan Xperia dia.



Diorang wat part time.



Ratu kebaya. -__-

And last but not least!

Our candid time!

YEAAAAHHHHH!!




Friday, 19 April 2013

Makan!

All right bebeh! Kali ni nak post pasal makan pulak. Tapi oleh kerana aku malas nak taip panjang-panjang, jadi aku hanya akan post gambar dan some description okeh? *wink wink ;)


Baik lahhh. Gambar pertamaa!! 


Ini adalah menu biasa yang ada di mana-mana kedai makan mahupun restoran. 
Time ni makan dengan Aiman dekat food court bukit indah. 
Ahaaaa!! Tengah-tengah makan tuuu, datang sekor kucing comel!



Eeeee!! Ikutkan hati nak je bawak balik kucing ni. Tapi apakan daya, family ku berkeras sekeras keras buah keras tidak meng-allow mana-mana kucing untuk di pelihara mahupun melintas di hadapan rumah. 
(Kucing yang menceroboh akan ditembak dengan glue gun.)




SETEROBERI!!
Benda alah ni hanya mampu bertahan sehari je dekat dalam peti ais rumah ku.
Keesokan harinya, ia telah ghaib secara tiba-tiba.
Oke sangat tidak meng-aciii sebab aku ta dapat rasa. :(


Next adalaaaaah~



Sandwich tah ape tah name dia!
Oke ia nampak agak menggiurkan tapi aku rasa ianya tak mengenyangkan~
Kalau kenyang pun maybe sebab roti dia banyak sangat. -__-
Ketika ini aku dan Naim makan di German Deli, di Petronas berdekatan dengan Ampang Point tu.
Tempat dia agak tersorok, tapi kalau korang masuk dekat tengah-tengah Petronas,
korang akan terserempak dengan kedai yang bersign board German Deli Iblis Imbiss.





And this is mine! Triple cheese wiggy wiggy kejadah comot comot ape tah!
Berharga RM18 kuut tak termasuk goment tax yang bagi kita BR1M tu.
Berat burger ini adalah 540 gram.
Yess bebeh!! 540 GRAM! 
SETENGAH KILO WEHH!!
Tapi cam biasa la. Makan tak habis, pastu tapau. -__-


Next is ketika annual dinner PC Planet di hotel Puchong.
Mohon jangan terlalu jeles.

Aku rasa ni spagedik kut?



Lauk pauk yang di campur baur



Close up!



Sushi! Memperkenalkan dari kiri ke kanan,
Kani Mayo, Tuna Mayo, dan Kanikama.
p/s : kanikama maksud dia ketam,
dan tuna adalah tuna serta mayo adalah mayonis.




Yang niiii.. Cocktail ea? Entah~




Makanan makanan yang ada di atas meja.



And lastly, YEEE SAANG kancil


Ohh yeeee!! Aku lupe nak selitkan masa kat German Deli tadi!!




Tuu dia aaaihh! Megaton 500 GRAM!
Daging dia je 500gram!
Orang yang na makan tu pulak, mungkin dalam lingkungan 45kg.
Or mungkin ringan lagi dari jumlah yang dinyatakan.
Burger tu harga RM16.50 tak termasuk gomen tax.
Kalau makan sekali, pasti puas hati! 
Kenyaaaang gile kuuut! :D
Kalau korang suggest burger bakar abg burn ngan burger ni,
aku akan pilih burger bakar abg burn kalau korang belanja aku.
But i will prefer Megaton or Triple Wiggy ape tah kalau pakai duit sendiri.


Ok now presenting!

Makanan makanan yang ada di Hospital Rehabilitasi Cheras!!

Bubuq~



Nasi ayam hari jumaat!


Ikan masak ape tah. Cili padi kut?



Makaruuuni~



Korang rasa la kan, artificial ayam tu macam mana? -__-



Lauk ikang ape tah.



Kuey Tiaw kung fu! Kuuut?



Nasi beriyani hari Jumaat!!



Bubuq di waktu pagi



Lauk ikan pucat. -__-



Kinah Rogers Roster!




Time ni pulak dekat Time Square,
ade bowling selection (aku bukan reti main pun),
dapat makan free dekat Kinah Rogers Rosters~

Ohhh ohhhh!! Nampak tak brother yang tengah pegang mangkok tu?
Nama dia Idris. Pro gile dia main bowling!
Mase dia main hari tu, record dia 7 kali strike, and markah keseluruhan 1 game tu, 224!
Gile weeeehhhh!!





Time ni pulak baru je balik dari daki Bukit Tabur,
kitorang pergi dekat desa pandan dengan harapan na makan nasi ayam,
tapi apekan daya, kedai tu da ghaib.
Jadi, kitorang redah je laa nasi kandaq kat tepi jalan~


Next is from Ikea!

Ikea Meatball!!
 Korang mesti pernah dengar kan pasal Ikea meatball?
Oke, first time makan memang agak jakuun.
Tapi bila next coming, errrrr.
Oke takpe, makan je laa. Orang BELANJAA!! XD



Makaruuni ea?




Roti ape tah?




Apple Pieee!!




Sandwich ayam yang ERRRRR!!
Walaupun dah masuk dalam ketuhar gelombang mikro 3 kali,
roti dia tetap liat. -__- 




Si Pemurah Hati! :D



And lastly, kek lapis dari sarawak~



Erkkk. Comel la plak kek lapis ni.


"Makan untuk hiduup!"
But for me, hiduuup ni untuk makan! HOW YEAAAHH! XD