Friday, 23 August 2013

Die Yet (Diet) - Episod 2


Hari ketiga kawal pemakanan,

dan inilah hasilnya~




Alhamdulillah yeayyyy!!

Berat berjaya di kurangkan dan...

Tinggi naik 1cm? HAHHAHA!!

Jangan terkejut ye, senanye time ni aku pakai selipar, tu yg tinggi naik sikit. 

Wal hal, aku ni rendah dan comel orangnye. 


1.4kg berjaya di kurangkan setakat ini~ ^_^


Thursday, 22 August 2013

Bimbang





Tatkala hati sedang kucar-kacir, gundah gelana, dan lost season 3. 
Muncul status ini di facebuuk~

Ternyata Allah itu maha penyayang dan maha mengetahui isi hati hambanya ini. 
*terharuu T-T


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kebanyakan manusia dilanda kerisauan dan kebimbangan...

1. Risau pasal kerja
2. Risau pasal anak
3. ...Ada yang risau pasal apa yang jiran mereka fikirkan....

Malah ada kawan-kawan kita yang suruh - "Kita harus risau" pasal sesuatu....

Tapi merasa risau/bimbang terhadap sesuatu adalah tiada berfaedah - ia melahirkan air liur beracun, membuka pintu untuk melayan bisikan syaitan untuk menakut-nakutkan kita dengan segala bayangan... "Jika itu... Jika ini... apa yang bakal berlaku..."

Ingatlah hidup ini tidak mungkin seperti garisan ufuk - kita akan jatuh sakit, kemalangan berlaku, ditimpa masalah kesempitan duit - namun semua ini tidak patut dijadikan alasan untuk hidup dalam kebimbangan.
Apabila krisis datang, hadapinya sejenak sahaja, ambil satu langkah kecil demi langkah kecil, jika 24 jam terlalu panjang, tempuhi 5 minit.... 

Kebimbangan ini sama seperti keadaan kita perlu melintas sungai besar melalui satu titi kecil... sekiranya mata kita memandang jauh ke seberang sungai, kita terasa bimbang kita akan jatuh ke sungai semasa menyeberangi titi tersebut.... 

Orang yang merasa bimbang akan dirinya akan membayangkan apa yang berlaku sekiranya beliau jatuh ke sungai... ada yang terfikir sungai ini ada buaya... bimbang kepada kedalaman air... bimbang kalau jatuh terkena besi, akan luka dan mati... jika mati, siapa yang nak jaga anak, ibubapanya... dan segala jenis bayangan yang menakutkan.

Orang yang menangguhkan bimbangnya, mereka akan fokus mata dia pada langkah seterusnya satu persatu melintas titi tanpa melihat ke seberang... akhirnya dia akan berjaya melintasi titi tersebut tanpa ada masa untuk merasa bimbang, kerana segala tenaga dan fokus dia diberikan kepada pada langkah kecil seterusnya semasa menyeberangi titi.

Sama juga menghadapi kemelut kehidupan, kita akan hancur sekiranya kita memberikan lesen kepada bisikan syaitan untuk membawa minda kita ke masa depan dengan pelbagai bayangan yang menakutkan seperti orang yang berdiri di tepi sungai membayangkan segala kemungkinan semasa naik ke titi. 

Apa yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah risau/bimbang pintu ke gangguan bisikan syaitan?
Tangguhkan dahulu. Tangguh kebimbangan kita.

Buat sesuatu dulu (lintas titi dengan langkah pertama), tangguh bimbang kita. Jangan dok bimbang, bingkas bangun dan pergi buat sesuatu untuk selesaikan masalah yang ada.

Untuk hindar daripada menghabiskan masa dalam bimbang dan risau, hiduplah dalam keadaan semasa. Buat segalanya yang kita mampu hari ini, dan biar esok untuk hari esok.

Lihatlah kembali kehidupan kita, tanyalah diri, apakah ada situasi yang anda pernah tidak berjaya lalui sehingga hari ini? Tidak kan? Kerana kalau ya, anda tidak mungkin dapat mem-baca mesej ini. 

Sesungguhnya kita mampu menghadapi keadaan semasa, hanya masa depan bayangan minda saja yang mengacau kita.

Sekadar berkongsi motivasi. SENYUM dan ingat Allah selalu.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Tenks a lot Madam Syeera! <3

"Jangan dok pikiaq bimbang ja. 
Mulakan langkah pertama dengan Bismillah."
Mari berusahaa!! 


Wednesday, 21 August 2013

Die Yet (Diet)

"Iwan, tak nak makan ke?" tanya ibunda tercinta dengan penuh sopan santun.

"Tak mak, diet" kata ku dengan selamve.

Ohhhh~ Sesungguhnya, diet itu satu penyeksaan. Sungguh sungguh menyeksakan! Nafsu makan aku dah la macam denoso! Kalau sekali makan, mawuu dua atau tiga kali tambah nasi. Tapi oleh kerana diet (dan diperli montel) (dan aku suke dia perli aku montel! haha!), kini aku hanya menyenduk sesenduk nasi. Tu pun tak full senduuk tu. Uuuuuu~ Seksanyaaa batinkuuu~ T-T (berguling-guling menangis)

Pagi ni, pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah tolong bapak hantar pekerja dia dekat Mount Kiara. Selesai hantar orang, aku kena hantar rumput pi dekat tempat kerja bapak aku lak yang berlokasi di Ampang Hilir.

Selesai semuanya, aku menuju ke Taman Tasik Ampang Hilir untuk berjoging.

"Aduuuuh!! Malasnye malasnye!!" badanku yang montel ini meronta-ronta kemalasan. Cehhh!




Susana dekat tasik tu agak tenang. Ye laaa, mane la ada orang nak jogging pukul 10:00am - 11:00am. Orang gila je jogging time matahari terik. (Aku la tu) Tengah panas kuuut! Tapi takpe, Vitamin D maa~ Good for your skin. Lagi-lagi skin gelap macam aku ni.

Aku ada terbaca dekat Internet, lari pecut lebih mudah nak bakar lemak daripada jogging.

Jogging tu ibarat kita main mercun pop pop. Lemak yang terbakar tu dia just pop pop pop je.

Lari pecut lak ibarat bom tangan yang dibaling bertubi-tubi! Korang bayangkan lah lemak korang berKEBABOM KEBABOM! Tak ke excited bile lemak mudah terbakar meletup-letup!?

Tapi, cakap tu memang mudah. Nak kerjakan tu yang payah! Aku hanya mampu lari pecut tak sampai 50 meter. Itu pun dua kali je aku dapat pecut. Sedihhh bhaaaai stamina dah tak sekuda macam zaman remaja dulu! T-T

"Alamak!" PAP! Bunyi dahi ku di tepek.

Aku terlupa nak bawa air. Cisss. Hauuus gila kuut!

Aku pun mee segera ke Aeon Big Ampang untuk menimbang berat badan kat mesyin yang kene bayar dua puluh sen dan inilah hasilnya!




Semalam aku ada pi timbang dengan Naim besaq, dan hari ni pula. Ho ma gashhhh!! Turun 0.8kg dalam sehari! Gila laaa gila laaa! (Ce teka bape berat aku semalam? Heeeee~)

P/S : Semalam Naim besaq belanje aku coconut shake, pastu pi Aeon Ampang, Naim kecik lak blanje aku nasi ayam~ Tenkiuu tenkiuu! Sayang korang! :D




Aku pun terus berlalu dari mesyin itu sambil tersengih-sengih seperti seorang pervert. Yahooooo!!

The worst part is, aku ni semangat kejap je. Karang esuk esuuk komfem da start melantak dengan penuh kerakusan. Ohh demm! -__-