Friday, 19 April 2013

Makan!

All right bebeh! Kali ni nak post pasal makan pulak. Tapi oleh kerana aku malas nak taip panjang-panjang, jadi aku hanya akan post gambar dan some description okeh? *wink wink ;)


Baik lahhh. Gambar pertamaa!! 


Ini adalah menu biasa yang ada di mana-mana kedai makan mahupun restoran. 
Time ni makan dengan Aiman dekat food court bukit indah. 
Ahaaaa!! Tengah-tengah makan tuuu, datang sekor kucing comel!



Eeeee!! Ikutkan hati nak je bawak balik kucing ni. Tapi apakan daya, family ku berkeras sekeras keras buah keras tidak meng-allow mana-mana kucing untuk di pelihara mahupun melintas di hadapan rumah. 
(Kucing yang menceroboh akan ditembak dengan glue gun.)




SETEROBERI!!
Benda alah ni hanya mampu bertahan sehari je dekat dalam peti ais rumah ku.
Keesokan harinya, ia telah ghaib secara tiba-tiba.
Oke sangat tidak meng-aciii sebab aku ta dapat rasa. :(


Next adalaaaaah~



Sandwich tah ape tah name dia!
Oke ia nampak agak menggiurkan tapi aku rasa ianya tak mengenyangkan~
Kalau kenyang pun maybe sebab roti dia banyak sangat. -__-
Ketika ini aku dan Naim makan di German Deli, di Petronas berdekatan dengan Ampang Point tu.
Tempat dia agak tersorok, tapi kalau korang masuk dekat tengah-tengah Petronas,
korang akan terserempak dengan kedai yang bersign board German Deli Iblis Imbiss.





And this is mine! Triple cheese wiggy wiggy kejadah comot comot ape tah!
Berharga RM18 kuut tak termasuk goment tax yang bagi kita BR1M tu.
Berat burger ini adalah 540 gram.
Yess bebeh!! 540 GRAM! 
SETENGAH KILO WEHH!!
Tapi cam biasa la. Makan tak habis, pastu tapau. -__-


Next is ketika annual dinner PC Planet di hotel Puchong.
Mohon jangan terlalu jeles.

Aku rasa ni spagedik kut?



Lauk pauk yang di campur baur



Close up!



Sushi! Memperkenalkan dari kiri ke kanan,
Kani Mayo, Tuna Mayo, dan Kanikama.
p/s : kanikama maksud dia ketam,
dan tuna adalah tuna serta mayo adalah mayonis.




Yang niiii.. Cocktail ea? Entah~




Makanan makanan yang ada di atas meja.



And lastly, YEEE SAANG kancil


Ohh yeeee!! Aku lupe nak selitkan masa kat German Deli tadi!!




Tuu dia aaaihh! Megaton 500 GRAM!
Daging dia je 500gram!
Orang yang na makan tu pulak, mungkin dalam lingkungan 45kg.
Or mungkin ringan lagi dari jumlah yang dinyatakan.
Burger tu harga RM16.50 tak termasuk gomen tax.
Kalau makan sekali, pasti puas hati! 
Kenyaaaang gile kuuut! :D
Kalau korang suggest burger bakar abg burn ngan burger ni,
aku akan pilih burger bakar abg burn kalau korang belanja aku.
But i will prefer Megaton or Triple Wiggy ape tah kalau pakai duit sendiri.


Ok now presenting!

Makanan makanan yang ada di Hospital Rehabilitasi Cheras!!

Bubuq~



Nasi ayam hari jumaat!


Ikan masak ape tah. Cili padi kut?



Makaruuuni~



Korang rasa la kan, artificial ayam tu macam mana? -__-



Lauk ikang ape tah.



Kuey Tiaw kung fu! Kuuut?



Nasi beriyani hari Jumaat!!



Bubuq di waktu pagi



Lauk ikan pucat. -__-



Kinah Rogers Roster!




Time ni pulak dekat Time Square,
ade bowling selection (aku bukan reti main pun),
dapat makan free dekat Kinah Rogers Rosters~

Ohhh ohhhh!! Nampak tak brother yang tengah pegang mangkok tu?
Nama dia Idris. Pro gile dia main bowling!
Mase dia main hari tu, record dia 7 kali strike, and markah keseluruhan 1 game tu, 224!
Gile weeeehhhh!!





Time ni pulak baru je balik dari daki Bukit Tabur,
kitorang pergi dekat desa pandan dengan harapan na makan nasi ayam,
tapi apekan daya, kedai tu da ghaib.
Jadi, kitorang redah je laa nasi kandaq kat tepi jalan~


Next is from Ikea!

Ikea Meatball!!
 Korang mesti pernah dengar kan pasal Ikea meatball?
Oke, first time makan memang agak jakuun.
Tapi bila next coming, errrrr.
Oke takpe, makan je laa. Orang BELANJAA!! XD



Makaruuni ea?




Roti ape tah?




Apple Pieee!!




Sandwich ayam yang ERRRRR!!
Walaupun dah masuk dalam ketuhar gelombang mikro 3 kali,
roti dia tetap liat. -__- 




Si Pemurah Hati! :D



And lastly, kek lapis dari sarawak~



Erkkk. Comel la plak kek lapis ni.


"Makan untuk hiduup!"
But for me, hiduuup ni untuk makan! HOW YEAAAHH! XD


Tuesday, 16 April 2013

Nyiaaw~


Presenting!!


Si budak kecik yang sangat nakal!








Sila berhati-hati kalau terserempak dengan si ala-ala comel ini 
kerana beliau suka mencakar dan menggigit orang. -__-


Monday, 12 November 2012

Bukit Tabur


Pernah tak korang perasan? Masa lalu dekat lebuhraya MRR2 nak ke Zoo Negara,
dekat bahagian depan or kanan korang, ada view macam ni.


View dari MRR2


Ya tu dia! Bukan milo tabur, tapi itu la dia bukit tabur, dekat Melawati!
Bayangkan, 22 tahun hidup dekat Ampang, tahun ni aku baru tawuu yang bukit ni wujud. 
Tu pun Dekno yang tinggal dekat Sungai Buloh yang bagitawuu. Aduuuuuh! Kuno betul aku ni. 


Jadi, pada jumaat lepas. Aku bersama Chang (bukan nama sebenar) telah tiba-tiba terdaki bukit ni.
Terdaki? Apakah apakah?


Last minit punye plan.


Time tu plan, time tu lah pergi. Ni lah yang terjadi apabila gila aku tiba-tiba datang. (Kan Muun kan?)
Bekal yang dibawa hanya 4 biji roti ikan bilis dan 2 botol mineral kecik. (Tolong jangan tiru aksi ini)


Alhamdulillah pagi jumaat tu, jalan na masuk MRR2 tak berapa sesak dan serabut.
Dalam 15 minit jugak la perjalanan aku dari umah, pi amek Chang, isi minyak dan terus ke kaki bukit.
Aku agak tawuu la selok belok nak ke tempat kejadian, sebab sebelum ni,
aku pernah mandi di damp bersama rakan-rakan kolej. =)


Starting point.


Starting dia betul-betul berdekatan dengan pintu gate.
Manakala tempat parking dekat sini agak terhad sebab jalan sempit! Jadi kalau korang nak parking,
sila parking dengan berhemah. Jangan block pintu pagar rumah orang. 
Pecah kang kenderaan korang. Parking jauh sikit pun takpe. Tak rugi apa-apa pun.


Oleh kerana perjalanan melalui hutan agak gelap ketika mendaki ke puncak pertama,
maka gambar agak tiada di snap kerana dikhuatiri gambar akan blur. (Ape aku merapu?)



Naik ke puncak pertama.


Panjat batu besar.

Dan Subhanallah!

Oleh kerana diri ku yang semakin gemuuk muk mukk dan stamina semakin kurang.
Baru je tiba dekat puncak pertama, aku dah mula tercungap-cungap seperti baru lepas lari pecut 1000 meter.
Penat weeehhhh! Kejar masa na solat Jumaat punye pasal. (Tu la sape suwo pi pagi Jumaat)
Papehal salute gila dekat Chang! Dia rilex je naik bukit ni. Laju pulak tu!


Hero Malaya.


Aku suke pic candid ni!


KL view dari puncak pertama.


Perjalanan ke puncak kedua agak mencabar sikit. But don't you worry.
There's a reward for everything that we had done.


Cari makhluk tersembunyi! \(^_^)/


Terpaksa berjimat air.


Muke na makan orang!


AMARAN : Pemakaian sweater tebal adalah tidak digalakkan. Jika anda degil, anda akan mengalami proses perpeluhan yang sangat EXTREME, dehidration, berat kaki nak melangkah dan pening-pening lalat seperti ibu-ibu yang mengandung empat bulan. (Orang gile je buat macam ni)


KL! KL! KL! (Sila jangan tengok tempat lain!)


Perjalanan diteruskan dan kali ini terpaksa memanjat lereng-lereng bukit yang berbatu.
Ini sangat syioookk wooo! (Walaupun penat!)


Awesome kan!?


"Ahaa Wan! Ni ada hadiah untuk kaw Wan!
Meh sini naik cepat."


View dari lereng tu. 


Aku pun na interframe juga! :D


Aku risau tol kalau pokok tu patah. -__-


Checkpoint 7.


Lepas lereng ni, ta tawuu la puncak keberapa dah. Tapi view di atas terbaek!


Dua picture yang digabungkan. Tenkiu Photoshop dan Photoscape!


Next, titian yang tak titi sangat.


View dari Chang punye tempat.


Setelah penat berjalan, mendaki, berguling dan sewaktu dengannya,
kami terpaksa berehat seketika bersama KitKat.
Aku terpakse give up jap. Oleh kerana line clear time tu, aku bukak sweater yang da basah lencun tu.
(Kalau perah sweater tu, boleh dapat satu botol air mineral kecik, lepas tu boleh minum!)


Muke pervert penat.


Pesanan penaja oleh Hansap-last.


Chang ade cakap, ade satu tempat tu, rumput dia lawa dan empuk.
Orang siap boleh baring, tidur lagi dekat atas rumput tu.
Tapi tu dulu, sekarang ni da tinggal sikit. Mungkin rumput-rumput tu mati dipijak oleh para pendaki.
(Haaaihh. Arwah baik orangnya.)


Ni laa rumput-rumput empuk tu! :D


Dilarang masuk / Checkpoint 9


Oke dekat sini korang diberi pilihan sama ada nak lalu laluan mudah (checkpoint 9), atau korang juga boleh melalui laluan 'abang-abang' yang dekat belah kiri tu. Chang sampai sini je, dia terus pergi ke laluan 'abang-abang'. Almaklumlah, dia dah pernah panjat Bukit Tabur sebelum ni. Kepada mereka yang tak biasa datang, anda disyorkan melalui laluan 'adik-adik' for your own safety.


Laluan 'abang-abang'.


Eksen betuul aku ni. Ahaha! XD


Nampak macam senang kan? 


Suasana dekat sini sangat aman! :D


Ini adalah UIA~ Caye tak? :D


C/P 10. Kena turun ikut tali.


Antara tempat yang wajib untuk
buat pit-stop!


Korang ade pilihan sama ada nak turun ke kaki bukit atau teruskan ke puncak terakhir.
Time ni fizikal dengan mental aku memang dah down gile! Tapi alang-alang da sampai, aku teruskan jugak.
(Alang-alang dah seluk pekasam, jangan sampai seluk poket orang.)
Dekat puncak terakhir nanti, korang kena patah balik dan lalu laluan dalam gambar bawah ni.


Turun dan jalan melalui kebun.


Lepak di tebing puncak terakhir.


Terpakse tanggal sweater. -__-
Sexyback tak? Ahaha! XD


Perjalanan menuruni bukit mengambil masa dalam mungkin 15 hingga 20 minit.
Korang akan melalui kebun-kebun dan kalau korang bernasib baik,
korang akan dapat lihat kesan-kesan peninggalan tapak kaki binatang yang halal mahupun yang kurang halal.
The worst thing is, minda aku berulang-ulang kali cakap


BILA NAK SAMPAI?


BILA NAK SAMPAI?


BILA NAK SAMPAI?


AAAAIIIIRRRRR~


Padan muka aku. Tu lah, siapa suruh bawak air satu botol kecik je.
Sampai dekat parking kereta je terus terbaring!


Line clear!


Lepas dah puas baring, kitorang terus gerak pi stesen minyak petronas.
Beli air 100plus dengan air mineral botol besar, then tibai air tu dalam kereta!
Serius, dah macam seminggu tak jumpa air masa minum tu!


Sampai dekat umah, bukak kasut, bilik then baru perasan. . .


Ini bukan darah haid ye~


Darah mencurah-curah ke ladang gandum dan POOOFF!


Haaaiiihh la pacat. Sempat juga kau menyelinap masuk dalam kasut aku kan?
Takpe takpe, aku halalkan darah yang kau hisap tu.


Apa-apa pun..



One of the best moment in my life! :D


Credit to Chang sebab sudi bawak aku naik bukit ni.
TWO THUMBS UP! ; )