Thursday, 22 August 2013

Bimbang





Tatkala hati sedang kucar-kacir, gundah gelana, dan lost season 3. 
Muncul status ini di facebuuk~

Ternyata Allah itu maha penyayang dan maha mengetahui isi hati hambanya ini. 
*terharuu T-T


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Kebanyakan manusia dilanda kerisauan dan kebimbangan...

1. Risau pasal kerja
2. Risau pasal anak
3. ...Ada yang risau pasal apa yang jiran mereka fikirkan....

Malah ada kawan-kawan kita yang suruh - "Kita harus risau" pasal sesuatu....

Tapi merasa risau/bimbang terhadap sesuatu adalah tiada berfaedah - ia melahirkan air liur beracun, membuka pintu untuk melayan bisikan syaitan untuk menakut-nakutkan kita dengan segala bayangan... "Jika itu... Jika ini... apa yang bakal berlaku..."

Ingatlah hidup ini tidak mungkin seperti garisan ufuk - kita akan jatuh sakit, kemalangan berlaku, ditimpa masalah kesempitan duit - namun semua ini tidak patut dijadikan alasan untuk hidup dalam kebimbangan.
Apabila krisis datang, hadapinya sejenak sahaja, ambil satu langkah kecil demi langkah kecil, jika 24 jam terlalu panjang, tempuhi 5 minit.... 

Kebimbangan ini sama seperti keadaan kita perlu melintas sungai besar melalui satu titi kecil... sekiranya mata kita memandang jauh ke seberang sungai, kita terasa bimbang kita akan jatuh ke sungai semasa menyeberangi titi tersebut.... 

Orang yang merasa bimbang akan dirinya akan membayangkan apa yang berlaku sekiranya beliau jatuh ke sungai... ada yang terfikir sungai ini ada buaya... bimbang kepada kedalaman air... bimbang kalau jatuh terkena besi, akan luka dan mati... jika mati, siapa yang nak jaga anak, ibubapanya... dan segala jenis bayangan yang menakutkan.

Orang yang menangguhkan bimbangnya, mereka akan fokus mata dia pada langkah seterusnya satu persatu melintas titi tanpa melihat ke seberang... akhirnya dia akan berjaya melintasi titi tersebut tanpa ada masa untuk merasa bimbang, kerana segala tenaga dan fokus dia diberikan kepada pada langkah kecil seterusnya semasa menyeberangi titi.

Sama juga menghadapi kemelut kehidupan, kita akan hancur sekiranya kita memberikan lesen kepada bisikan syaitan untuk membawa minda kita ke masa depan dengan pelbagai bayangan yang menakutkan seperti orang yang berdiri di tepi sungai membayangkan segala kemungkinan semasa naik ke titi. 

Apa yang perlu dibuat untuk mengatasi masalah risau/bimbang pintu ke gangguan bisikan syaitan?
Tangguhkan dahulu. Tangguh kebimbangan kita.

Buat sesuatu dulu (lintas titi dengan langkah pertama), tangguh bimbang kita. Jangan dok bimbang, bingkas bangun dan pergi buat sesuatu untuk selesaikan masalah yang ada.

Untuk hindar daripada menghabiskan masa dalam bimbang dan risau, hiduplah dalam keadaan semasa. Buat segalanya yang kita mampu hari ini, dan biar esok untuk hari esok.

Lihatlah kembali kehidupan kita, tanyalah diri, apakah ada situasi yang anda pernah tidak berjaya lalui sehingga hari ini? Tidak kan? Kerana kalau ya, anda tidak mungkin dapat mem-baca mesej ini. 

Sesungguhnya kita mampu menghadapi keadaan semasa, hanya masa depan bayangan minda saja yang mengacau kita.

Sekadar berkongsi motivasi. SENYUM dan ingat Allah selalu.


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::



Tenks a lot Madam Syeera! <3

"Jangan dok pikiaq bimbang ja. 
Mulakan langkah pertama dengan Bismillah."
Mari berusahaa!! 


Wednesday, 21 August 2013

Die Yet (Diet)

"Iwan, tak nak makan ke?" tanya ibunda tercinta dengan penuh sopan santun.

"Tak mak, diet" kata ku dengan selamve.

Ohhhh~ Sesungguhnya, diet itu satu penyeksaan. Sungguh sungguh menyeksakan! Nafsu makan aku dah la macam denoso! Kalau sekali makan, mawuu dua atau tiga kali tambah nasi. Tapi oleh kerana diet (dan diperli montel) (dan aku suke dia perli aku montel! haha!), kini aku hanya menyenduk sesenduk nasi. Tu pun tak full senduuk tu. Uuuuuu~ Seksanyaaa batinkuuu~ T-T (berguling-guling menangis)

Pagi ni, pagi-pagi lagi aku dah keluar rumah tolong bapak hantar pekerja dia dekat Mount Kiara. Selesai hantar orang, aku kena hantar rumput pi dekat tempat kerja bapak aku lak yang berlokasi di Ampang Hilir.

Selesai semuanya, aku menuju ke Taman Tasik Ampang Hilir untuk berjoging.

"Aduuuuh!! Malasnye malasnye!!" badanku yang montel ini meronta-ronta kemalasan. Cehhh!




Susana dekat tasik tu agak tenang. Ye laaa, mane la ada orang nak jogging pukul 10:00am - 11:00am. Orang gila je jogging time matahari terik. (Aku la tu) Tengah panas kuuut! Tapi takpe, Vitamin D maa~ Good for your skin. Lagi-lagi skin gelap macam aku ni.

Aku ada terbaca dekat Internet, lari pecut lebih mudah nak bakar lemak daripada jogging.

Jogging tu ibarat kita main mercun pop pop. Lemak yang terbakar tu dia just pop pop pop je.

Lari pecut lak ibarat bom tangan yang dibaling bertubi-tubi! Korang bayangkan lah lemak korang berKEBABOM KEBABOM! Tak ke excited bile lemak mudah terbakar meletup-letup!?

Tapi, cakap tu memang mudah. Nak kerjakan tu yang payah! Aku hanya mampu lari pecut tak sampai 50 meter. Itu pun dua kali je aku dapat pecut. Sedihhh bhaaaai stamina dah tak sekuda macam zaman remaja dulu! T-T

"Alamak!" PAP! Bunyi dahi ku di tepek.

Aku terlupa nak bawa air. Cisss. Hauuus gila kuut!

Aku pun mee segera ke Aeon Big Ampang untuk menimbang berat badan kat mesyin yang kene bayar dua puluh sen dan inilah hasilnya!




Semalam aku ada pi timbang dengan Naim besaq, dan hari ni pula. Ho ma gashhhh!! Turun 0.8kg dalam sehari! Gila laaa gila laaa! (Ce teka bape berat aku semalam? Heeeee~)

P/S : Semalam Naim besaq belanje aku coconut shake, pastu pi Aeon Ampang, Naim kecik lak blanje aku nasi ayam~ Tenkiuu tenkiuu! Sayang korang! :D




Aku pun terus berlalu dari mesyin itu sambil tersengih-sengih seperti seorang pervert. Yahooooo!!

The worst part is, aku ni semangat kejap je. Karang esuk esuuk komfem da start melantak dengan penuh kerakusan. Ohh demm! -__-


Sunday, 14 July 2013

Kisah Seram Suram Siram Rumah Shah Alam Seksyen 2 - Part 2


Awak awakk! Awak tawu tak hari ni hari apa? Hari ni kan, hari Sabtu! Maknanya, dah EMPAT hari kita berpuasa! Yeaaayyyy!! Ok, macam tak de kaitan je dengan tajuk. -__-

Baiklah, bagi merungkai misteri yang sudah bertahun-tahun misteri ini, aku pun merajinkan diri menge-search pacik Google dengan penuh semangat tentang update-update rumah yang misteri ini.

Dalam menggodek godek godam pacik google, aku telah terjerumus ke dalam dua link ini :-

http://penyingkapfakta666.blogspot.com/2011/09/rumah-berhantu-seksyen-2-shah-alam.html

http://www.mazidulakmal.com/2011/09/penjelasan-berhubung-rumah-didakwa.html

Dan di bawah ini adalah gambar rumah tersebuut pada tahun 2011. Sudah di renovate tapi still tidak berpenghuni. Ohhh demm!! Kenapa aku update cerita ni (sambil dengar lagu jiwang) tengah-tengah malam!! Seram la pulak tengok picture ni malam-malam. Siang tadi tak seram pulak? Cissss!! Nasib baik laaa bulan puasa, hampir kesemua da kena ikat.




Dan kenapa aku rasa rumah ni still seram walaupun dah renovate. Ohh nooo! Watever happen pun, ianya semua kehendak dari yang maha Esa. Maka dari itu, marilah kita tepuk dada, tanya iman jangan tanya selera.


"Kun Fayakuun"
"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu
hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia." (Surah Yassin : 82)

Tuesday, 2 July 2013

Kisah Seram Suram Siram Rumah Shah Alam Seksyen 2

Cerita ni dah lama ada. Sejak masa aku form 5 dulu lagi. Form 5 aku lak tahun 2007, tahun 2007 lak aku last sekolah, dan last sekolah aku lak tahun tu, so agak bertahun-tahun lama lah cerita ini. 

Aku rase, ni lah salah satu citer seram yang mampu membuatkan aku tak tidur lena sepanjang malam walaupun da pakai huggies dry pampers comfort night. Demmmm!

Papepun, hope korang enjoy to the MAX membaca cerita seram ni!





TRUE STORY!!

Huhuhuhu seram gak citer dia nih.

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar kat UITM Shah Alam. So,perkara pertama yang kena fikir ialah aku nak duduk mane sebab aku tak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan & keperihatinan yang ada kat aku dan kawan-kawan, maka dapat le aku dengan kawan-kawan aku umah sewa..... Dekat-dekat area seksyen 2. Berhampiran dengan wet world [kalo korang tau la].

Rumah tu bungalow 2 tingkat dengan 4 bilik. 3 bilik dekat atas dan 1 bilik dekat bawah. Kitorang semua berlapan, kiranya 2 orang untuk 1 bilik la. Aku ringkaskan je la, kitorang masuk rumah tu dengan perasaan berbelah bahagi, best, suke, pelik, rimas, takut semua ada.

Pertama, tuan umah hanya amik rm50 je sebagai deposit dan sewa pertama hanya bayar bile masuk bulan kedua kami duduk uma tu. Kiranya bulan pertama ni free la....[?]

Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawak barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya...

Ketiga, pokok ara tepi rumah tu besar sangat sampai dahan dia boleh masuk dekat tingkap bilik atas.

Malam pertama duk rumah tu kitorang tak tido sebab sibuk punggah dan kemas barang + layan DVD korea. Citer seramnya start masa hari kedua. Tak payah nak tunggu malam, siang-siang pon kitorang dah kena kacau. Azmi "dagu" orang first kena.

Masa tu baru pukol 10.30pg [anggaran aku la], si Azmi ni bgun nak memerut. So dia pergi la toilet bawah tu tapi dalam toilet ada orang [sbb pintu tutup]. Toilet atas pulak rosak, tuan umah kata nanti dia betulkan. Tunggu punye tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas ni. Jadi Azmi ni memekik la soh cepat sikit kuar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok peehal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu sape yang dekat dalam tandas ni? Pintu toilet lak berkunci siap ada bunyi org flush jamban lg.... Dlm reramai ni, Lan sorang je yang berani siket [mungkin pasal dia ni keturunan bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbukak. Tak ade orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last2 si azmi tak jadik berak... Mungkin pasal takut kot.

Malam tu kitorg kena lagi teruk.

Masa aku nyenyak tido malam tu tetiba je ada orang tarik dua2 belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu dekat lantai!! Ape lagi, hangin la aku sebab ingat budak2 nak wat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ade orang pulak. Yang ada cume si Lan yang tengah membuta dekat katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tido mati. Bila aku kuar bilik, aku dengar budak2 tengah ketawe. Rupenya diorang tengah layan DVD dekat hall bawah. Aku pon masuk bilik balik sebab still bingung lagi tapi baru aku terperasan masa aku tengah jengah kebawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membute dalam bilik? Ahh sudah... Dengan perasaan berani2 takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu dan guess what? Ada batu nisan yang da retak2 dan otomatiknya bilik aku diselubungi bau hapak + hanyir yang sangat2 kuat.

Ms ni korg jgn tnya ak la ape aku buat sbb kalo menda ni jdk kt korg pon xkan korg nk stay lg dlm blk tu btol x? Ak rs kaki ak da x jejak tanah da sbb lari laju sgt. Aku lari kuar dr bilik tu & g ke hall sbb nk gtau member2 ak la kononnya tp yg mcm haram jadahnya member ak sorg pon da xde kt hall. Nk tau diorg kt ner? semua da duduk kt luar umah!! Rupanya diorg awal2 lg da kna kacau. Yg lakhanat nye, xde sorg pon kejutkan ak....taik betol diorg ni.

Lepas diorg tenangkan aku, kitorg decide nk buat ape skang sbb skang ni da pkul 3 pg. Nk mtk tlg tok imam,umah tok imam pon kitorg xtau. Nk mtk tlg jiran, kiri kanan umah kitorg cina. Last2 salleh ajk lepak
restoran hakim jek smpai pg. Bunyinya mcm senang tp memasing semua xpakai baju pastu pakai boxer ngan kain pelikat jek. Mau x mau trpaksalah jgk kitorg msuk uma tu balik sbb nk amik suar, wallet n kunci motor.

Oleh sbb bilik c Bob ngan Naim je yg kt bwh, maka kitorg decide le nk pinjam baju n suar dia. Masing2 tkut nk naik tingkat atas. Wallet pn ak tinggal. Masing2 pakat gn duit naim lu. Nasib baik kunci motor
kitorg sangkut kt dinding [tmp penyangkut]. Ms nk kuar dr rumah tu, Wak plak perasan ad bdk pompuan kt pintu dapur ngah senyum sambil babai tgn kt dia. Yg ak plak bole trperasan bdk tu jgk sbb ak tgk muka wak da kejung+pucat lesi. Sekali bdk tu senyum rs mcm nk trkincit dlm suar la... Kepala lutut ak menggigil sampai kt restoran hakim!!!!

Lepas smp kt restoran hakim tu,memasing sibuk buka cerita trmasuk ngan ak skali la. Memula Wak cerita la,mlm tu lebih kurang kol 12 lebih,dia sibuk download lagu tetiba ad bunyi mcm org baling batu kt
tingkap bilik dia. Bl dia jengah,dia nmpk ad sorang pompuan duk kt atas pokok kayu ara sblh umah tu,pakai bju putih + kekuningan+ koyak2+ rambut panjang. Yg sadisnya,pompuan huduh tu boleh senyum kt dia plak. Wak ni ape lg tutup tingkap bilik dia n terus nk kuar g bilik ak la kononnya. Malangnye, lg sekor plak hantu duk kt dpn pintu bilik dia tp kali ni antu budak. So dia amik keputusan terjun dr tingkap bilik dia ke bawah. Akibatnya, kaki dia terkehel. Nasib baik jek xpatah.

Azmi "dagu" plak cter la yg dia nmpk ad bdk pompuan babai tgn kt dia[yg ni, ak pon kna gak ok]. Ak confirm yg bdk ni bkn manusia sbb ak tgk kaki dia xde!! Sam plak cter dia nmpk hantu tu kt siling umah! Bile buka mate jek, antu tu bebetol "eye to eye" ngan dia. Kiranya memasing semua kena kacau la ni. Dan ak org yg last cerita.

Ak ckp la yg aku kna tarik dua2 kaki ms tido smp kepala ak terhentak kt lantai. Pastu ak ckp le yg ak nmpk diorg ngah layan dvd kt hall tp c Azmi tetiba nyampuk "bile ms plak kitorg tgk dvd ni?". Rerupanya
 xde sorg pon yg tgk dvd pg tu!! Dah tu, sape yg ak nmpk? haru betol.....kaki aku yg dr td menggigil makin brtambah kuat menggigil.

Ngah sibuk2 berborak,aku terbau sesuatu yg kurang enak. member2 ak yg lain pon bau gak. Rupanya si Azmi ni td da terkencing dlm suar sbb takut sgt. Nasib baik mlm tu xramai sgt org kt Restoran Hakim tu. Malu betol. Ak plak bleh ternampak si Sam pakai selipar sebelah lain. Dr sibuk2 cter seram terus jdk cter klakar plak.

Tengah sibuk2 ketawe, br kitorg perasan yg si Salleh ngan Naim xde ngan kitorg. Yg ad cume kami berenam. Ak, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan. Dlm ramai2 tu cuma Bob sorg jek yg bwk hp, so kitorg try call Naim tp xde org angkat. try call Salleh plak, sama gak xde org angkat. Pastu Lan amik hp Bob tu, dia bc apa ntah agaknye pastu dia soh Bob call naim lg skali. Bob call n bukak loud speaker. Korang tau ape jd? ad suare pompuan ngilai. Gila2 punye ngilai la sampai meremang bulu roma aku. Kami berenam terus terdiam. Last2 kitorg sepakat akan tunggu smpai pg esok br blk umah tu semula n cari Naim ngan Salleh. Lepas dgr suare pompuan ngilai kt hp tu, xde sorang pon antara kitorg brckp....smp subuh!!

Pukul 7.30pg br kitorg blah dr Hakim. Hati aku masih lg kuat berdebar-debar. Yg lelain ak xtau la. Smp kt dpn umah, ak tgk pintu umah ngan gate da trbukak seluas-luas nye. Ni kalo pencurik masuk ni, memang dia kaye sbb laptop,wallet ngan hp kitorg semua tinggal camtu aje. Bulu tengkuk aku masih lg meremang.Xde sape berani msk umah tu dulu...Aku ingat, ada la 20-30 minit kitorg duk tercanggak kt dpn umah sbb xde sape berani masuk. Ntah camne agaknye hp Bob berbunyi. Hati aku da x sedap. Jgn la kate antu tu call kitorg soh msuk umah. Lan yg angkat. Sebenarnya dlm reramai geng ak ni, Lan la yg paling berani tp kekadang dia jd penakut jgk la. Pihak hospital call, katanya Naim ad kt wad emergency hospital klang.
Eksiden katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dr no.hp Bob ni, tu yg dia call no.hp Bob ni...ooo00 br ak phm. Yg peliknya Naim eksiden?

Memasing da serba salah jadinya. Bingung pon iye jgk. Xtau samada nk melawat Naim kt hospital klang or cari Salleh yg hilang. Akhirnya kitorg call tuan rmh utk tgk ape yg patut. Ak ngan Sam plak g hospital klang tgk keadaan naim cmne. Kalo mmg tenat sgt, ak inform yg lelain soh dtg la. Yg lain ak soh cari salleh 
ktkeliling umah, takut2 dia kna sorok. Kami masing2 tawakal aje. Ms otw g hspital klang ni, ak xtau la c sam pecut smpai berape tp hati ak masih lgkuat ckp yg hal ni x abis lg.

Smp hospital,aku terus cr Naim. Sebak betol hati ak tgk Naim serius parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek ngn keta or somethingelse la. Kes dia ni langgar lari. Naluri ak kuat ckp yg umor Naim ni
x panjang sbb darah bnyk gile kuar. Sam plak xsanggup tengok, air mata dia da berjurai-jurai cam air terjun. Doktor pon ckp yg dia ni da nyawa2 ikan,xdpt nk tlg bnyk. Ak duduk kt tepi Naim, dia bole
brckp lg tp sangkut2. Dia mntk maap sbb buatkan kitorg jdk susah. Berulang-ulang kali dia mntk maap tp ak msh lg xdpt tangkap ape yg dia ckp ni. Akhirnya dia meninggal gak...Ak gagahkan hati ak tepon kengkawan lain gtau psl Naim da meninggal. Ak tgk Sam da trduduk kt tepi balkoni ngan mata merah sbb nangis bnyk sgt. X lama pastu parrents Naim dtg. Ak x sanggup nk tunggu lg n ajak sam balik shah alam.

Smpai kt umah, aku tgk ramai gler org ngah cari salleh tp xjumpe. Abis satu umah dia geledah. Lastly,ad org tua kt situ mntk tlg ngan sorang ustaz. Ak tak ingt pe name ustaz tu tp lepas asar br kitorg jumpe salleh duduk kt atas busut blkg umah. Yg herannya, da 5,6 kali org cari tp xde plak jumpe dia kt situ. x kisah la janji jumpe balik salleh ni. Kitorg pnye la suke jumpe c salleh ni blk. Memasing amik keputusan pindah dr umah tu haritu jgk. Kebetulan plak kt sek7 [pintu blkang uitm] ad satu umah utk disewa, kitorg pindah situ la. Brg2 naim kitorg angkut skali. Terus terang ak ckp, mmg ak hangin gile tgk muke tuan umah sbb xgtau yg umah ni "keras".ptut la dia soh byr rm50 jek dl pastu xbg bwk brg bnyk2. Chisss......

Aku demam 3 hari.

Jenazah naim selamat dikebumikan kt Raub,Pahang.

Seminggu lepas tu,keadaan da ok sket cume salleh jek yg sakit2 bdn. Akhirnya mulut aku trgerak nk tny salleh pe yg brlaku sbnrnye sbb sblm naim meninggal tu dia ada ckp kt aku soh tnya salleh satu rahsia. Rupenya ms hari 1st day kitorg msuk umah tu, Naim ngn salleh da wt hal. Dia g cangkulnya busut kt blkg umah tu. C naim plak boleh kuis2 ngan kaki dia. Mgkin psl tu la kaki dia eksiden kot [dlm hati
aku la]. Pastu salleh cter la,kn ada mlm yg kitorg satu uma kna kacau tu dia ngn naim pon kna gak. Tp antu tu siap kejar diorg lg smp kt jln. Diorg punya la cuak smp lari ke tengah jln. Ntah mn dtgnya keta tetiba da hentam diorg. naim trcmpak kt tgh jln, yg dia plak kt tepi. Dtg keta lain terus lenyek kaki naim. Pastu,salleh kata dia terus xsedar pape smpailah kitorg jmpe dia atas busut tu. Yg peliknya,cmne dia boleh duk kt atas busut sedangkan dia kata dia da lari kt tgh jln bsr? Nape naim sorg yg kna teruk sgt tp salleh x?

Akhirnya aku dpt jawapan sbnr. X lama lpas salleh cter ngn aku, dia jatuh sakit. Xtau la sakit pe tp 3 bln pastu dia meninggal. Famili dia sndiri bingung sbb doktor pon xtau sakit c salleh. Tp ak yakin, kes ni ada kaitan ngn busut yg diorg gi gali tu. Ak ngan geng2 ak yg lain smpat ziarah arwah salleh. Paling xbole tahan Bob sbb dia roomate ngan Naim. Mmg ak tau dia sedih sgt......Yg xbole ak lupe, kitorg semua nangis masa angkat jenazah salleh. Rs sedih sgt ms tu..

Aku, Azmi dagu, Sam banjar,Wak, Bob ngan Lan, semua skali slmt abiskan pgajian kt uitm ni. Buat naim ngn salleh, kitorg tetap akn ingat ko smp bebila...al- fatihah

Ops..Umah bunglow kt seksyen 2 tu smp skang ad lg [agaknye]. Tiap kali ak lalu kt area situ mst ak rs sedih sgt. Lg satu,ms hari last kitorg kt umah tu, si Wak da trtinggal hp dia kt bilik atas. So pada sesape yg berani, boleh la amik hp tu tp itupun kalo korang berani la... Nokia 3310