Sunday, 28 October 2012

Na Na Na Na Na Ganuu Kite~



"Jom pergi Terengganu?"


Bapak tiba-tiba je mengeluarkan statement yang membuatkan adrenaline darah di dalam tubuh ku memecut dengan pantas! Memula ingat dia main-main je. Then lepas solat Jumaat, dia suwoh kami cepat-cepat bersiap. Ohhh great!! Hadoi, tade family planning langsung bapak aku ni. Ahaha!


Perjalanan dari KL ke Dungun Tengganu mengambil masa lebih kurang 6 jam. Kami melalui Genting Sempah, Karak, Gambang, Kuantan, Jabor, dan teruus ke Dungun.



Minumlah Vitagen!
Awaaaan~
Tunnel ke Genting.


Karak = Hantu = Puspen = Suspen?
Angin lintang = Kereta ringan terbalik?
Arrrr?


                  



Dungun! Nampak tak?
Gerbang gerbung~
Ape korang nampak?


6 jam memandu dengan hanya SATU perhentian. Hebat tol bapak aku ni. 
Ahhh dan ini kali pertama aku pergi ke Terengganu. 
Yeaaaaaayyyy!! Hati ku melonjak-lonjak kegumbiraan woooi! :D


Kami tiba di rumah pacikk Fadli dalam jam 21:00++ waktu antarabangsa. 
Time tu semua dah agak kepenatan. Aku pun penat gak. Penat tidur dalam kereta. Hehe.


Keesukan paginya, selesai solat Subuh, hati ini dah meronta-ronta na pergi jalan-jalan kat pantai.
Pacikk Fadli kate, pakai la motor dia kalau nak.
Tapi apekan daya, mak aku komfem ta bagi bawak punye. Haihhh~


Tepat 7:00am, aku dan adik sedara segera bergegas keluar dari rumah.
Jalan punye jalan, dan akhirnya kami sesat. -__-
Dan dalam kesesatan yang nyata itu, sempat jugak aku snap picture ni! :D


ROL yang ta bape jadi. T_T

Akhirnya kami give up untuk berjalan, dan terus mengecall bikk Ima.
Ta sampai 5 minit, pacikk Fadli datang bersama Viva-nya untuk menyelamatkan kami yang sesat ini~
Dan pacikk Fadli terus membawa kami ke pantai! 
Hoooraaaaayyyyy!! XD


Pantai Teluuk Lipaat~ :D Berdekatan UiTM Dungun.


Bot ke sampan?


Kayu kayan.


Pondok?


Bawah pondok ade buaian~


Aku pun na berbuai juga~ :D


Ranting-ranting.


Laut yang tenang, jangan disangka tiada buaya,
dan kalau takut di tibai ombak, jangan berumah di tepi pantai~
(Tade kaitan pun peribahasa dengan gambar-gambar di atas tu)


Ombak dekat sini agak besar kalau nak dibandingkan dengan ombak dekat PD ngan Melaka.
Pacikk Fadli da pesan awal-awal, laut kat sini tak boleh mandi dahh.
Beberapa bulan lepas, ade orang mati lemas mase mandi-manda.


Oleh kerana tak boleh mandi, jadi marilah kita bersnap-snap sahaje~



Indahnya ciptaan Allah. :)


Siyesly, I wish "you" were here. 


Suke ini! :D


Bebuih di persisiran pantai.
Pacikk Fadli yang cadangkan snap pic macam ni. :D


No Caption.


Ombak rindu~ Ahaha! XD


bertenggek tenggek!


Batu-batu besar.


Dan aku juga semakin beso! XD


Semasa dalam perjalan pulang ke rumah, ternampak beberapa buah jentolak kat tepi pantai.
Pacikk Fadli cakap, sebelum ni ade terjadi fenomena ombak besar.
Persisiran pantai banyak yang di hakis.
Jadi kini mereka nak tambak balik pantai tuu.


Kalau korang tanye pacikk google : Ombak besar di pantai teluk lipat,
korang akan di hidangkan dengan gambar-gambar ombak yang awesome besar yang di snap secara live!
Dan juga gambar-gambar jalan raya pecah serta retak akibat dentuman ombak tu.



Ni lah jenteratolak tu.


Itu sahaja experience untuk kali ini di Tengganu.
Terimakasih acikk Fadli sebab bawak kami jalan-jalan di pantai! :D



Ateh lak takde time ni. -__-


Insyaallah kalau panjang umur, nanti kami bertandang lagi ke Tengganu. : )
p/s : Pasni nak jelajah pulau-pulau yang ade dekat Tengganu plak! Hehe.


Saturday, 6 October 2012





Tak semua yang aku suka kau akan suka & tak semua yang kau suka aku akan suka.

Tak semua yang kau benci aku juga benci & tak semua yang aku benci akan kau benci.


Kita takkan sama semuanya & kita juga takkan berbeza semuanya.

Tapi jangan pula ia menjadi pertelingkahan & persengketaan di antara kita.


Kekurangan & kelebihan adalah anugerah dari yg Esa, 

untuk memberi pengajaran kpda kita semua agar saling bekerjasama.


Jika aku salah, maka kau tegurlah aku, 

agar aku tidak menyimpang dari jalan yg sempurna.

Jika kau tersilap aku juga akan menegurmu 

sebagai tanda aku sayang padamu seikhlas jiwa.


Andai kita saling memberi & menerima kekurangan yang ada, 

pasti hidup kita akan sentiasa aman & bahagia dengan izin-Nya.

Monday, 24 September 2012

Refleksologi Stone!


Waaaahhh! Tajuk english gituuu~ Kelas kauu jaaaah! Eheeeee. 

Jadi kali ni nak merapu sikit pasal batu-bata refleksologi. 


Apakah itu batu refleksologi? 

Korang tahu? 

Pernah dengar tapi tak pernah nampak? 

Pernah nampak tapi tak tahu apa nama dia? 

Tak pernah dengar, tak pernah nampak, 

dan tak pernah tahu pun yang batu ni pernah wujud di bumi 

sejak zaman Melayu Melaka dahulu? 


Aisehhhhh. Tak kan tak tahuu kut? Alaaaar batu bulat-bulat, tajam-tajam, yang diorang susun-susun bercorak-corak, pastu warga-warga gajah emas suka jalan kat atas batu-batu kecik ni dengan penuh tenang, ke-macho-an sambil buat muka duck face 5 days MC~ (Padehal tahan sakit, muke dah meneran-neran!) 



Ni la dia batu-batu comel tu!


Sepertimana yang korang tahu mahupun tak tahu, batu-batu ni ada pelbagai khasiat. Selain daripada boleh dimakan begitu sahaja bersama roti Gardenia dan Hi-5, ianya juga boleh dijadikan peluru untuk melastik tengkorak orang yang buat fitnah pasal kita dan juga boleh di guna pakai untuk menyendal pintu kelas yang sering tertutup dikala ditiup angin sepoi-sepoi kentuut. Kadang-kadang, batu ini juga digunakan oleh warga emas sebagai gigi palsu mereka. Ianya bukan sahaja menjimatkan kos, malah ia juga mesra kepada alam environment.



Mungkin berjalan di atas batu refleksologi merupakan perkara biasa bagi anda.


Jika anda mahukan kelainan, anda boleh cuba berbaring di atas batu-batu itu.


Berkuak dada.




Atau!


Anda juga boleh cuba berjalan di atas batu-batu itu,

dengan gaya kingkong terkangkang menahan sakit kaki.





Dan jikalau kulit kaki anda dah terlalu TEBAL ibarat kulit buaya,

atau anda adalah buaya darat yang semula jadi,

anda bolehla ajak kawan-kawan anda untuk acara,



"50meter Lari Pecut Berhalangan di Permukaan Batu Nisan Refleksologi!"




Jadi dengan ini saya sangatlah berharap, 

sukan paralimpik ini boleh dijadikan sukan rasmi di SEMUA sekolah, seluruh Malaysia.


Dan saya berharap juga, 

sukan ini dijadikan ACARA RASMI untuk sukan olimpik kelak.
(Komfem Husin Bolt pun tak boleh pergi jauh punya!)



"Marilah kita sama-sama memajukan SUKAN dan PERUT untuk negara!"
Tuah ayam nampak di kaki, orang gila je buat kerja macam ni. Sekian, KaramKuun Walia melapurkan.

Saturday, 22 September 2012

Goyang Kelapa / Coconut Shake




Pernah tak korang dengar pasal coconut shake? Tak pernah? Orang KeyEl memang sah sah la tak pernah dengar pasal benda ni. Aku ni pun baru tahun lepas tahu pasal benda ni. Tu pun Arad yang habaq mase kitorang bercuti kat Melaka (hometown of Arad), kalau tak, komfirm tak kenal punye dengan benda alah ni.

Arad kata, tempat lahir asal coconut shake ni adalah dekat Pantai Kelebang. Benda ni tersangatlah popular dekat Melaka sampai "Jalan-jalan Cari Makan" sanggup datang ke Melaka untuk merasa benda ni. Kalau korang nak datang, sila jangan datang weekend kerana dikhuatiri tempat itu akan jadi terlalu sesak di kunjungi oleh pervert para pelancong. Tapi Arad penah cakap, dia sesak sebab ramai orang tapau-away, dine-in dia ta sesak sangat pun. 

Nak di jadikan cerita, time rumah terbuka Naim Korea hari tu, Arad tiba-tiba cakap nak buat coconut shake. Dia mengidam la tu. (Nasib baik dia tak cakap nak pergi beli coconut shake dekat Melaka.) Memang kelapa depan rumah Naim Korea la yang akan menjadi mangsa. Dan mangsa si pemanjatnya, tentulah aku. (Why always me?) ~(-__-~)



"Weh wan, pergi amek kelapa, kita buat coconut shake."

"Kejap la aku tengah makan ni."

"Cepat la sikit makan. Lambat ar kau ni."

 Lalalala.. ~(-__- )~

Mee spagedik + kuah laksa.


Setelah selesai makan makan dan makan dengan kenyang, Arad pun pergilah meminta izin dekat ayahanda Naim Korea untuk memetik buah-buah kepala yang mekar dan ranum di hadapan rumah Naim Korea. "Amek la semua. Nak amek dengan batang-batang sekali pun tak pe" pesan ayahanda Naim Korea. Hahahaha!



Misi memanjat dimulakan!

Sila jangan cube try test aksi ini di rumah.
(Sebab pokok kelapa mane de tumbuh kat dalam rumah.)



Sebenarnya, tak susah mana pun panjat pokok kelapa ni (kalau guna tangga).

Tolong-mentolong.


Selesai memetik pokok kelapa, kami berempat menuju ke perkarangan rumah Arad untuk memulakan operasi. Tapi sebelum itu, aku dan Jenny pergi ke Carefour membeli ice-cream vanilla. Manakala Arad dan Aiman pergi ke kilang ice untuk membeli ice hancur. Better pakai ice hancur sebab mudah untuk di blend. Tapi dekat kedai, jarang mereka jual ais hancur.



Misi 1 : Kasi settle itu kelapa!

Siyes ta reti. Kasi tibai je la! -_-



Misi 2 : Kasi korek itu isi!

Isi yang tebaal~


Korek korek korek~


Isi-isi kelapa.



Misi 3 : Kasi campur itu semua ikut suka dan blend!

Air kelapa, isi kelapa, ice hancur,
air gula, dan ice cream vanila.



Siap di blend!


Misi 4 : Sudah siap? Kasi makan laa! ~(-_- )~

Om nom nom~



The mastermind!



The right hand man!



The Jenny! -__-



The me! :D



Hari yang mengenyangkan! Dekat rumah Naim Korea makan laksa dua round. Jenny malu-malu nak buat round ke-dua. Cheh! Tak cukup laksa, pi tibai kuih-muih serta biskut raya Naim Korea. Biskut choc dia sangat sedaaaap kut! Lepas makan-makan di umah naim, pi tibai pulak coconut shake. KENYAAAAAANGGG!! Alhamdulillah. Rezeki rezeki~



Yang ni sape nak kemas? -__-