Sunday, 29 July 2012

Mari Melintas!


Korang ingat tak iklan melintas jalan dekat tv yang dulu-dulu tuu?


Ade yang babak ayam melintas jalan, kena langgar, then ending dia,


"Jangan melintas seperti AYAM".



Pastu ada pulak babak yang budak nak melintas jalan pastu!


Dia hanya selamat melintas sampai ke tengah jalan raya je.


Pastu pastu tetiba kereta, lori, bas transform jadi badak, GAJAH, dan haiwan-haiwan lain!


Then ending dia budak tu kena langgar dengan haiwan-haiwan tu! 


Tapi tidak ditayangkan laaa camne budak tu mati sebab terlalu violent. (Arwah baik orangnye)


Dan mereka sepatutnya buat kata-kata akhir seperti ini :


"Jangan memandu seperti GAJAH" 


Kan?



Jadi sempena menjelangnya tiba bulan Ramadhan.


Mungkin korang nak pergi ke bazar untuk membeli juadah (sambil mencuci mata),


mungkin korang nak ke KL untuk membeli kelengkapan raya (pastu di saman),


atau mungkin korang nak ke surau belakang rumah untuk bertaraweh (atau iftar),


TAPI KORANG TAK TAHU MACAM MANE NAK LINTAS JALAN?


Jangan risau tak tentu pasal!


Jangan panik sampai berpeluh-peluh tangan!


Jangan melatah opocot mak kaw tergolek!


Jangan migrain!


Jangan tension tension!


Jangan menangis tergolek-golek!


Jangan pandang belakang!



KERANA!


KERANAA!!


KERANIII!!!



 Di bawah ni, tersedia cara sebenar,


cara yang AFDHAL


dan lebih TAWADUQ


serta TOMA'NINAH untuk melintas jalan.


Khas untuk anda~





Jadi ingat ye kawan-kawan?


Sebeluuuuum melintas! (Bace Bismillah...)


Pandang kiri, pandang kanan, pandang kiri balik, (uuui awek cun kat hujung nuu!)


dan lintas laaaah sekarangg~ (kalau ade kereta pun, lintas je?)


Selamat mencuba!



"Lintaslah dengan cermat, ingatlah orang-orang yang sayang dekat diri kita."
Kalau tak sayang diri, sila jangan menyusahkan orang lain.

.

Saturday, 28 July 2012

Akak? - Bahagian 2


Yaaaaaaaaah tu diaa.


Dia kembali lagi~





Jadi di sini saya ingin berpesan kepada kamu semua dan juga diri sendiri,


jangan meletakkan display picture yang boleh membuatkan jantina anda diragui.


Sekian, selamat menjalani ibadah berbuka puasa~


Yusuuuuf Taiyuuuuub~


.

Thursday, 26 July 2012

Akak?


Inilah yang terjadi apabila DP Fesbuuk anda terlalu ayuu.


adakah kerana DP aku? -__-

.
Mengapa dia tak percaya aku ni lelaki?


MENGAPAA!?

MENGAPAAA!?

MENGAPAAAA!!??



*duduk bersimpul memandang ke bawah, kesedihan. T_T


Monday, 23 July 2012

YuTa!?

2:17 am
Calling. . .

Truuuut tuuuut. .

Truuuut tuuuut. .

Truuuut tuuuut. . (haik? Ni mesti da berdengkor ni?)


Truuuut tuuuut. .

Truuuut tuuuut. .


Si G : Ello~

Si K : Harlluuu~ Kata nak study?

Si G : Orang dah setkan alarm pukul dua, tapi tak terbangun pulak. Urmm urmm. Tenkiu sebab kejutkan.

Si K : Larat tak ni? kalau tak larat, pegi sambung tido balik~ :P

Si G : Larat larat. Orang dah segar dah ni. :]

Si K : Ohhh oke oke. Urmm. Saya ada benda nak bagitawuu awak ni.

Si G : Ape dia? Bagitawuu laa.

Si K : Tapi sayaaa segaaaan~

Si G : Alaaaa bagitawuu je. :]

Si K : Oke, tapi saya bisik je taw? Tiada siaran ulangan!

Si G : Alaaaaa. Yelaa yelaaa. Haaa cakap laaa~

Si K : Urmm.. (dengan nada berbisik) YUSUUUUUUF TAYYUUUUB~


Si K + Si G : Aaahahahahaha! XD


Si G : Oke oke dah terlebih segar dah ni! ;D

Si K : (senget tol Si K ni) -___- oke lah, shuh shuh pegi study sane! ;) Assalamualaikum~

Si G : Orait. Waalaikummussalam.


p/s : perbualan telah di edit kerana terlupe full version punye.



KESENGETAN Si K terserlah di pagi hari~

Kalau korang ade pakwe / bf camni,
korang pelangkong je kepala dia laju-laju.
Buat suspen je. -___-



Anyway, korang mesti sangat kenal kan dengan iklan ni? :D



Keenakan buah kurma dari timur tengah.

Yusuuuf Taiyuuuub~


Kelazatan buah kurma yang tiada tandingannya!

Yusuuuf Taiyuuub~


Buah kurma Safia, Wasem, Safina dan banyak lagi,

pastinya menjadi pilihan anda setiap masa.

Pilihan ekslusif!

Yusuuuf Taiyuuub~




Mari menyokong barangan buatan orang Islam,
supaya barang yang dibeli akan menjadi lebih barakah! :D

.

Sunday, 22 July 2012

1 Ramadhan 1433H


Oke pertama complex sekali,
aku nak amek kesempatan mencabul mengucapkan


selamat berbuka puasa!


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


kepada semua muslimin dan muslimat,
hadirin dan hadirat,
saudala saudali cikeboon cikeboon,
serta. . . erk. . .
sape-sape je lah yang berpuasa. ^_^

Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. 
Orait? Aminnn. :]



Al-kisaaaah.
ayyiiiiiiiiib~


Hari pertama puasa, malam ke 2 tarawih. aku dengan semangatnye pergi ke masjid taman kosas untuk solat tarawih. Alaaa yang dekat depan sekolah SMK Taman Kosas tuuu. Aku parking kereta berdekatan masjid, dan terus meluru masuk ke masjid. masa na letak selipar, ternampak satu selipar crocs berwarna putih lusuh, berlubang di ibu jari kaki, dan bersaiz 9 atau 10. (kaki bigfoot, sepak bola mcm na bunuh orang!) 

"Ahhh! sudah sepastinya ini kepunyaan naim besar!" bisik hati kecilku.

Aku pun merangkak melangkah ke dalam masjid dengan, entah kaki kanan ke kiri, aku pun lupe dan dari jauh aku telah terlihat si naim besar berpakaian baju melayu serba ungu sedang duduk bersandarkan tarian tiang. Aku mendekati dia dan kami menari bersalaman untuk mengukuhkan lagi ukhuwah yang telah sekian lama terjalin antara kami (ayat ta nak kalah)

Selesai menunaikan solat Isyak, sedikit jamuan rohani di sajikan kepada para jemaah selama lebih kurang 20minit. Tazkirah di sampaikan oleh Ustaz Zulkiflie, beliau menceritakan tentang ekonomi umat Islam di negara Malaysia yang semakin merudum. Beliau juga ada mention tentang perbezaan antara manusia dan haiwan.

"Kalau manusia rasa manusia laju, harimau bintang lebih laju daripada manusia. Kalau manusia rasa manusia hebat berenang, ikan di sungai dan lautan lebih hebat berenang daripada manusia. Kalau manusia rasa mereka kuat, GAJAH lebih kuat daripada manusia (time ni aku tersengih-sengih). Dan kalau manusia rasa manusia  ada nafsu macam binatang, binatang lagi la hebat sebab nafsu binatang boleh sampai ke atas pokok. Manusia mampu ke buat atas pokok? Hahaha! Tapi apa yang membezakan antara manusia dan haiwan adalah AKAL FIKIRAN."

Jadi, gunakanlah apa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan sebaik-baiknya.

Dan beliau juga ada cerita tentang cara-cara orang kafir menyesatkan manusia. Ringkasan ceramah beliau adalah seperti berikut : "Zaman dulu, firaun cuba membunuh nabi tapi umat Islam tetap setia dengan ajaran agama mereka. Tetapi lain pula dengan cara Samiri. Samiri tidak membunuh nabi, tetapi Samiri memesongkan akidah umat Islam dengan meyakinkan mereka kepada tuhan Lembu Emas yang di buat oleh dia. Dan cara ini jugalah yang sedang dilakukan oleh orang-orang kafir pada zaman ini untuk menyesatkan umat Islam. Mereka tidak membunuh orang Islam, tetapi mereka menyesatkan umat Islam dengan perkara-perkara yang membuatkan mereka lalai iaitu seperti hiburan, budaya barat, arak, judi, dan sebagainya."

Dan penutup untuk tazkirah, ustaz tu telah menceritakan kisah tentang seekor burung kecik di zaman Nabi Ibrahim (bukan burung twitter ye kawan-kawan).



si burung pipit yang montel~

Ketika Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup oleh api (yang gedabak besar) Raja Namrud, datang seekor burung pipit membawa air dengan menggunakan paruhnya yang kecik. Burung pipit yang kecik itu bersungguh-sungguh cuba untuk memadamkan api yang gedabak tu walaupun kuantiti air yang dibawa sangat sedikit (ibarat memberi sebutir nasi kepada seekor gajah. Alahai ciput haaa!). Sedang burung pipit ni berulang-alik mendapatkan air, tiba-tiba datang malaikat menahan burung kecil itu.

"STOP STOP! Wahai burung, mengapa kau bersungguh-sungguh ingin memadamkan api yang besar gedabak itu? Tidak kah kau tahuu yang dengan kuantiti air yang sedikit itu, seribuu tahun mana mungkin api itu akan terpadam?" kata malaikat.

"Wahai malaikat, jikalau aku berfikiran seperti itu, sudah pastinya aku tidak berada di sini sejak awal-awal lagi. Akan tetapi, aku terfikir apa yang aku patut jawap kepada Allah ketika di akhirat kelak jika Allah bertanyakan kepada ku, apa yang aku buat ketika nabiku dibakar hidup-hidup oleh api yang marak."

"Jadi wahai malaikat, demi nabiku, ini sahaja yang termampu olehku. Jikalau aku adalah seekor gajah, aku akan buat apa yang termampu oleh seekor gajah, dan jika aku adalah malaikat, aku akan buat apa yang termampu oleh malaikat, dan oleh kerana aku hanyalah seekor burung yang kecil, maka aku akan buat dengan cara seekor burung yang kecil." jawap si burung pipit tuu.


Selesai jamuan rohani, kami semua menunaikan solat sunat tarawih 8 rakaat dan witir 3 rakat. Agak ter-angguk-angguk jugak laah aku mase solat tarawih tu (mengantuk punye pasal).

Lepas dah habis tunaikan solat sunat tarawih, aku dengan Encik Naim Beso bercadang nak pergi makan Char Kuey Teow dekat warung depan Astaria tu. Tapi apakan daya. Sampai je dekat kereta, enjin tak boleh start. Halamaaaak! Aku terlupe tutup lampu kereta! Memang bateri kereta kong ar namenye. Adehhh.



muka redha dan pasrah. T_T

Call bapak, dan 15 kemudian bapak datang dengan kereta waja beliau. Aku ngan naim pergi ambil jumper (tu haaa, wayar warna merah dengan hitam kt gambar bawah ni) dekat rumah naim, dan kami pun re-charge balik bateri kereta saga putih tu.


bateri dan bateri dihubungkan melalui jumper.


Alhamdulillah, akhirnya kereta dapat dihidupkan kembali.


Terimakasih Encik Naim Beso dan Encik Bapak! :]




p/s : ketika sedang mendengar tazkirah, tetibe aku didatangi oleh satu text message,


kandungan message dirahsiakan.. ;D

Tersengih-sengih haaa aku bace message budak senget sorang nih. -__-

.

Friday, 20 July 2012

Sama ke!?


gambar-gambar di bawah ini bukan




MAGIC!



bukan di edit menggunakan




PHOTOSHOP!cs3



mahupun




SILAP MATA!



ianya adalah gambar yang sebenar!




tidak TIPUUU punye!





jadi, saksikanlaaaaahh!!





gitar dan pasir? oooh tidakk! mengapa hampir sama!? tiruu tiruuu! >_<




seterusnya gaya




MICHAEL JEKSON?




sekali lagi!? oooooh tidaaaaakkk!! >_<




last but not least!




misteri pada picture ini!





cube korang tengok betul-betul!
nampak tak ape yang aku nampak? \(@_@)/




dan picture ini!!





erkk..




see? nampak tak misteri dia?




cara mereka BERSILANG KAKI sangat sama kan?




phewwwww~




nampaknya kali ini kita dapat merungkaikan




satu lagi misteri yang telah lama menjadi misteri.




TAHNIAH KEPADA ANDA!!




p/s : gurauan di pagi hari semata-mata.
tiada kene menenga pada yang hidup mahupuan yang telah tiada.
jikalau terkena, ampun maaf saya pinta!
selamat berpuasa! ;p




*laariiiii!! XD
.

Wednesday, 18 July 2012

Floda!


FLORIDA?
eh ape tuu?
ubat gigi yang gigi gigi mengandungi florida
dan perlindungan selama 12 jam tu ke?


tak tak tak!
its FLODA laaa.
bukan FLORIDA.


Floda adalah salah satu jenama guitar yang ada di dunia ni. nak kate feymes tu, aku pun tak sure. yang aku tawu, gitar jenis floda ni selalunye made in korea (kate pacik google) dan tidak dinafikan, aku rase memang agak susah kut na cari gitar jenis ni? (aku malas na survey semua kedai gitar kat kolumpor ni)


see see!! sangat cantekk kan awek gitar tu! <3

haaaa! tu dia tu dia! cinta pandang pertama wooo! :D bukan kat awek tu, tapi kt gitar FLODA tu! (kat awek tu, kalau pandang seploh kali, seploh kali ley jatuh cinta wooo! haha! gurau ea gurau ea~ jangan marah~) sangat how liao kan!? aku suke gile design flora kt body guitar tu! kalau dia letak design angel wing, perghh! mesti lagi cantekk! 

jadi sepertimana yang engkorang tak tawu, aku adalah seorang yang sangat beginner dalam bidang peng-gitar-an ni. aku mula berminat main pun mase dah last sem dekat kolej dulu. kalau setakat chord basic C D G A E F tu aku reti laa.. kalau da smpai sharp#, flat kejadah semua tu, tu memang aku sangat ta reti lagi. dan feveret aku adalah bermain tab! alaaa yang petik tali satu persatu tu. serta! aku memang ta pandai gile maen strumming. hancor wehh kalau aku strumming! -___- (takpe takpe! mari berusaha lagi! usaha itu escalator kejayaan!) 

jadi nak di jadikan cerita, lepas je dapat gaji dari kerja part time Pc-Fair ari tuu, niat hati memang nak beli gitar kapok. memula bapak aku tak bagi, tapi last last setelah slow talk ngan dia, akhirnya dia bagi jugaa~ yeayyyyy!! sayang pacik Saad! <3

memula search dekat Guitar Empire, harga gitar kapok dia not bad gak laa murah. tapi aku rase yang tu 18 frets je. target aku dalam RM100 hingga RM150 dan aku mawuu yang 22 frets~ (memang tak kan jumpe ar kut kalau nak harga murah camtu?)

keesokan harinya pula, aku bersama dua orang sleeping partner ku (En. Arad dan En.Naim beso) pergi survey dekat Spectrum ampang, tingkat atas sekali ade kedai muzik. agak mahal gak la gitar kapok dia. dalam RM125++ kalau tak silap. oke hampa sekali lagi. then kami pun pergi ke kedai cash converter yang berhadapan Ampang Point.


"Your favourite second-hand shop!" -__-

last sekali aku masuk kedai ni mase tahun 2006 kut? dan kini! masuk je aku ke dalam kedai ni, kaki aku terus melangkah ke bahagian belakang kedai tu. sampai je dekat bahagian gitar, aku terpaku, terkaku, dan terlopong! mak aih! murah wehh harga gitar dekat sini! (dah kate kedai second-hand, opcos la murah!) dan yang paling best sekali! aku terus capai satu gitar ni, belek harga, tengok frets dia, strumming sikit dekat situ, dan tiba-tiba!

"bro, kat sini ade jual accessory gitar tak?"

erkk?? -___-

aku pun jawap laaa :
"dekat sini takde rasenye, abang try la cari dekat GuitarEmpire, Endah Parade.
tak pun abang try cari dekat depan Ampang Point tu.
sebelum fly over, ade satu kedai muzik dekat tepi jalan."

"orait tenqiu bro!" 
jawap brother tu tanda berterima kasih.

then baru je aku nak belek gitar kat tangan aku tu, tibe-tibe lagi!

"excuse me. do you sell a piano here?"
seorang minah saleh mengajukan soalan ulangan SPM dekat aku.

"err i'm sorry mdm, i'm not a worker here." *tersenyum :]

"really? ooh, my bad. hahaha"

ye aku tawuu. aku dah boleh jadi pekerja part time dah dekat kedai tuh. haha! brother kedai tu pun kata aku ade bakat utk jadi promoter, tapi kedai tu nak pekerja full time je, mereka tak nak part time. jadi, setelah suasana menjadi tenang, aku pun melakukan aktiviti membelek gitar yang ada kat tangan aku tu. harga pun not bad, RM109. yang best nye, gitar ni dia include sekali dengan beg! waaaaaaahh! ini sudah sangat syok! tanpa berpikir dengan lebih lebar lagi, aku pun deal ngan brother tu dan pergi bayar dekat kaunter.

dan TADAAAAA!!

muke jatuh cinta! XD

berpuas hati dan berpulang mari!

akhirnya aku mempunyai gitar aku yang pertama! yeayyyyyy!! <3


preview of my first guitar.

shhhhh!! dia tengah tido dalam beg dia~


L. Luthier? beg je.. -__-


berhabuuk~ belum sempat bersihkan lagi gitar ni.


pandangan dari atas~


pandangan dari bawah plak!


pandangan dari sisi~


price tag.


dan ini.. arrrr.. ta tawuu. -___-


"Yang penting, MINAT tu kena ada."
dipetik dari kata-kata Mohd Hafizzudin, 2007 .



dan peneman terbaekk setiap masa!

HEART korang berdua! ;]

.

Tuesday, 17 July 2012

PIKOM PcFair


teruuk betoi kondisi papan kekunci lappy ku. T_T


yeahh bebeh! bertarikh 13 hingga 15 Julai, Pc-Fair kembali lagi di Kuala Lumpur Convention Centre! dan jeng jeng jeng! aku dapat jadi exhibitor! yahoooooo!

ape dia? exhibitor tu ape? dia adik beradik kepada thor jugak kut? hehe. exhibitor tu adalah, a person who displays works of art or other items of interest at an exhibition (sumber dari pacik google). haaa yang tuuu laaa exhibitor.

jadi, bekerjalah aku sebagai pekerja separuh masa selama tiga hari tiga malam di bawah syarikat PC Planet Sdn Bhd. Terimakasih kepada En. Naim Kecik kerana merekomenkan kerja ini pada ku~ sayang kau weh!


si gajah cakap aku hemsem! maluuuu wehhh~ :">
p/s : dibelakang ku adalah korean-man! En.Naim Beso.

eheeee. new experience for me! daripada ZERO knowledge pasal mouse, kini aku dah agak pakar bab titikus tanpa wayar! (berlagak gile aku ni) -__- tapi pakar tang brand AVF Rapoo je laa. jadi, ni adalah nasihat daripada aku andai korang korang dan engkorang nak beli tikus tanpa wayar :

1. Frekuensi dia 2.4ghz ataupun 5ghz?
standard frekuensi (2.4ghz) kadang-tekadang buleh terganggu oleh signal-signal dari wifi, bluetooth, frekuensi radio, television dan frekuensi lain yang sama waktu dengannya. dan Rapoo adalah pengeluar pertama di Malaysia yang mengeluarkan tikus berfrekuensi 5ghz! (Logitech beluum ade lagi 5ghz) tikus yang lebih setabil dan boleh pergi jauh! (standard range tikus tanpa wayar adalah 10meter persegi ye puan-puan)


2. Kepala mouse tu ada wayar ke tidak?
kalau tade wayar, maknenye tu adalah tetikus berteknologi tanpa wayar tak pun tetikus dengan gigibiru (bluetooth). hehe

3. Jenis bateri yang digunakan
standard bateri adalah bersaiz AA dan bateri ini biasanya tahan lebih lama berbanding bateri jenis AAA (yang kecik comey tu). dan kebiasaan juga, tikus tikus ber-gigibiru hanya mampu hidup selama tiga hingga enam bulan, manakala jangka hayat hidup mati seekor tikus tanpa wayar adalah enam hingga lapan debelas bulan. (tempoh dua kali ley mengandung tu!)


4. Saiz tikus
sekati korang la nak saiz ape. aku tak pakse. ade orang suke saiz yang ngam-ngam dengan tangan supaya lebih selesa ketika menggunakannya~ ade orang pula suke tikus yang kecik sebab ianya comey loteh (ade customer tu badan taff berketoi-ketoi, muke bengis da macam penjenayah pecah rumah, tapi beli mouse kecik2 celah jari. alahaaai, dalam hati ade taman rama-rama ye bro? comel~) oke yang dalam bracket ni rekaan je senanye. tolong jangan percaya. -___-

5. Harga!
kalau ada duit, beli la. kalau tade duit, sila menabung untuk masa depan yang lebih cerah dengan tikus-tikus yang diyakini oleh Dato Lee Chung Weh dan Dato Jeckie Chun.

6. DPi. erkk CPi? ehhh? DPi kut? entah? CPi kuut?
kalau korang google search, DPI ngan CPI tu adalah bende yang sama. tapiiiii, aku pun tak sure sebenarnya. apa-apa pun, kalau korang nak pakai tikus tu untuk biasa-biasa je, standard 1000dpi/cpi tu pun dah oke dahh. tapi kalau korang jenis yang gamergilegaban, aku syorkan pakai la yang 1600dpi/cpi dan ke atas. sure syok punye kalau nak maen dota, counter-strike, sudden attack dan etc etc.

oke, enuff cukup enuff mempromote tikus tikus tanpa wayar. 


macam-macam experience aku dapat time kerja kat Pc-Fair ni (yeayyy! aku suke pengalaman baru!). kalau penat tuuu, komfem laa ada. terketaq-ketaq haaa lutut ceq berdiri 10 jam. bak kata hijazi mase da duduk kat dalam bas "ni first time aku rase yang kerusi ni sangat selesa~" (penat punye pasal, kerusi bas metro yang da lapok tu pun ley jadi se-empok peruut aku).

bersambung. . .
.

Mamat Jiwang VS Minah Brutal




Isnin (MULA2 BERKENALAN di stesen ktm)
Mamat : Assalamualaikum…hai awak,sy nak berkenalan dgn awk boleh x???
Minah : waalaikumussalam…boleh tapi kene jumpa mak bapak aku dulu..minta izin kalau mak bapak aku bagi..aku on je…
Mamat : waaa..boleh tahan ek awk ni…ok sy jumpa mak bapak awk…bg alamat umah awk...
Minah : ni i/c aku, cepat la salin alamat aku..
Mamat : tangan menyalin sambil tersenyum2 (dalam hati :ceh malas tol punye minah..xpe2..waa nama NURUL IMAN …lembut je nama tp perangai brutal tol..)

Selasa (SAAT SI MAMAT JUMPA MAK BAPAK SI MINAH)
Mamat : Assalamulaikum pak cik mak cik..sihat..?
Pkcik & makcik : waalaikumussalam..alhamdulillah kami sihat..tapi..anak ni siape?
Mamat : sy MOHD AIMAN.. sy datang jumpa makcik ngan pakcik ni sebab nak mintak izin nak berkenalan dengan anak pakcik yg bernama NURUL IMAN..
Pak cik : Alhamdulillah..ade lagi pemuda yg gentelmen cam kamu ni lg ye zaman skrg..sbnr ye kamu la pemuda yg pertama datang mintak izin sblm nk berkenalan dgn anak pkcik NURUL IMAN tu..
Mamat : (dalam hati: waaa bangge aku sebagai seorang lelaki sejati..)
Mak cik : Sebelum2 ni xde siape yg berani dtg..katenye..si NURUL IMAN tu garang sangat orgnye..sebenarnya x..si NURUL IMAN tu org ye lembut sgt, sopan, budi bahasa, rajin dan agama ye pun baik..
Mamat : sambil angguk2 dan tersenyum2 mendengar cerita mak bapak minah (dalam hati: ceh..lembut ke??sopan ke?? Budi bahsa ke?? Xde gaye langsung..xpe2..wait n c minah)
Pakcik : pak cik izinkan anak berkenalan dengan anak pakcik NURUL IMAN…
Mamat : terima kasih pakcik makcik..

Rabu (BILA DAH DAPAT KEIZINAN..)
Mamat : awak parents awak da izinkan sy berkenalan dgn awk..
Minah : so what????ade aku kisah…..
Mamat : tersenyum dalam kebengangan (dalam hati: eh2..sabar hati..sabar…)
Minah : wei aku nak jumpa mak bapak ko plak…ni fon aku, ko salin kan alamat ko..pastu save message..
Mamat : awk nak wat pe jumpa ibu ayah sy…??(sambil tangan laju menaip alamat umah dan save message)
Minah : yg ko sibuk kenape?? ? macam mak nenek..banyak tanye..sok ko jgn ade kat umah dr jam 11 a.m sampai jam 12 p.m , ko merayap la kemane2 pun...lau ade gak kt uma aku bakar ko hidup2 depan mak bapak ko ..paham????
Mamat : ok2 ….awk,sy nak no.tepon awk…mane lah tau lau rindu2 t boleh calling2..
Minah : ooiiitt…geli aku..rindu2 ingat aku ni bini ko ke…nak termuntah aku dengar.. ko call je 999 mintak no. tepon aku kt dorang..kompem dapat..dapat pelempang..hahahahaha..
Mamat : senyum jela (dalam hati : eieieieieieieieieeieiieieie…geram ye aku..xpe2..sabar hati..sabar)

Khamis ( APABILA MAMAT BALIK KERUMAH SELEPAS JAM 12 pm)
Ibu : MOHD AIMAN..sampai hati senyap2 ye…xnk kongsi langsung kat ibu ngan ayah ye..
Mamat : apa ibu cakap ni..aiman xpaham la… (dalam kepale sambil memikir apa sebenarye telah terjadi)
Ayah : MOHD AIMAN..jangan nak main nyorok2 lah kami da tau..tadi jam 11 GIRLFRIEND kamu datang..ayah bekenan lah lau dia jadi menantu ayah..
Ibu : ibu pun setuju..cantik,sopan, budi bahasa, pandai masak, pandai amik hati orang tua..seronok ibu lau dapat menantu yg boleh jd kawan ibu…kalau kami masuk meminang NURUL IMAN minggu depan cane MOHD AIMAN..kamu setuju..?
Mamat : kalau ayah dgn ibu setuju dan suka..terus kan jela niat nak masuk minang NURUL IMAN tu… (dalam kebingungan :sejak bile plak aku de GF ni,. GIRLFRIEND yg d ckp oleh ayah dan ibu dala minah a.k.a NURUL IMAN.. peerrrrrr…gila la aku da la xkenal sape minah tu..brutal plak tu tetibe je ibu ayah nk wat menantu..xpe..jalan je…ade sesuatu kt NURUL IMAN tu sampai ibu ngan ayah pun suka..hihihi)





Jumaat (HALAL & HARAM)
Mamat : awk..minggu depan ibu ayah sy nak masuk meminang awk..xpe ke awk??
Minah : ko setuju ke mak bapak ko minang aku???
Mamat : setuju
Minah : da ko setuju wat pe tanye aku lagi..ape la... cume aku nak lau kite b’tunang aku cume nak barg hantaran telekung,sejadah dan al-quran yg ko khatam kn je..duit hantaran ikut suke ko nak bg berape..aku xkisah..10 sen pun aku terima..pastu 2 minggu je bertunang dan pastu kawin.. da kite tutup kes ni..
Mamat : amboi dasyat tol awk ni….awk ni garang la tp sweettt..( sambil tangan mamat nak pegang tangan minah)
Minah : oooiiittttttttt setan…kuar la ko dari badan mamat ni…ko tau x HARAM sentuh orang yg bukan mahram…selagi ko x lafaz “AKU TERIMA NIKAHNYA” selagi tu ko HARAM nak sentuh aku..ko ade wudu’ x???
Mamat : xde…nak wat pe…?
Minah : ko g amik sekarang..cepat la….
Mamat : merungut dalam hati sambil kaki melangkah mencari paip untuk berwudu’ (eiei minah ni cube la cakap sopan sikit ngn aku..garang cam singe..singe pun xcam dia.)

SEKEMBALI MAMAT DARI MENGAMBIL WUDU’
Mamat : awk, sy da amik wudu’..awk nak sy wat pe???
Minah : diam la..banyak bunyi la ko ni…nah amik ni AL-QURAN..ni HALAL tok ko pegang 24 jam pun,cium, pelok pun boleh…pahale bergande 1000x lau ko bace…ha…aku nak ko hafaz juzu’ 30..minggu depan kita tunang aku tau ko da hafaz semua surah dalam juzu’ 30 tu…

Jumaat (SEMINGGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : awk ape kate kite tukar panggilan..sy panggil awk SAYANG dan awk panggil sy ABANG..
Minah : ooiiiittt..geli aku nak panggil ko abang..ABANG tu hanya SUAMI aku je..ko tu bukan suami aku lagi..baru tunang nak gempak2..bla la wei…ha daripada ko dok ngarot yg bukan2,..ko da hafaz pun lom juzu’ 30..????
Mamat :..emmmmmmm…da..da…nape???
Minah : ha..ha cube bace kt aku ape yg ko hafaz..
Mamat : (dengan mulai dgn surah al-fatihah dan seterus ye membace semua surah juzu’ 30 tu sampai habis…)
Minah : Alhamdulillah…pas ni ko bace plak makne2 surah dalam juzu’ amma tu..minggu depan aku nak dengar ko bercerite depan aku…
Mamat : da macam peserte pertandingan hafazan dan bercerite plak (ckp dlm nada slow)
Minah : ooiitt ko kutuk aku ek…xpe2..
Mamat : mane ade…awk memang cantik comel..
Minah : da..da..jgn nk ckp lg aku tau da aku memang cantik comel.. sbb tu ko soh mak bpk ko minang aku kn..
Mamat : tersenyum (dalam hati: ceh masuk troli sorong sendiri la weii..)

Jumaat (2 MINNGU SELEPAS BERTUNANG)
Mamat : awk..awk..awk xrase ke apa yg sy rase..sy rase cam ade sesuatu yg indah antara kite berdua la..setiap kali ingat awk mesti terase yg awk dekat sgt dlm hati sy..
Minah : ooiitt yg ko nak berjiwang karat sangat ni nape?? Bengkak telinge aku dengar..ko ingat ko berjiwang2 ni aku cair ngn ko..jgn harap la weii..da2 sekarang ko cerita kn kt aku kisah2 dlm juzu’ amma tu..
Mamat : (dalam hati : dy ni memang xde perasaan langsung..baru nak jiwang2 da xboleh..xpe..sabar hati..sabar..)
Minah : ooiitt berangan plak…aku soh cerite bukan berangan..cepat la cite aku nak dengar..
Mamat : sabar la…ngah susun ayat ni…(Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang..dy memulakan kisah dari 1 surah ke surah yg lain hingga khatam dlm juzu amma tu)
Minah : Alhamdulillah.. minggu depan kita nikah…aku nak sehari sebelum kite nikah ko wat qiamulllaill…Allah tu Maha Melihat..lau ko xwat..ko tunggu la mase ko lafaz aku terime nikahnya mesti ko tersangkot2…
Mamat : xnk la la sy..malu la tersangkut2..ok2.insyallah sy wat…
Minah : tau plak malu..ok..ag 1..hari nikah tu aku nak ko senyum je sepanjang majlis..xkisah la waktu tu ko sedih ke.kecewa ke..yg aku nak tengok ko senyum je..paham???
Mamat : faham..awk..sy teringin nak tengok awk senyum..senyum la awk..mesti manis..slalu tengok muke garang awk je…senyum la kit wak..
Minah : ade..ade aku kisah..xboleh..lau nak tengok sgt aku senyum..tunggu hari kite nikah t..mesti ko xboleh tidur pas tengok senyuman aku yg menggoda sgt ni tau…hahahahahahahaha..
Mamat : emmmmmm..yelaaaaa….




Jumaat (HARI PERNIKAHAN)
Mamat : dengan sekali lafaz..“AKU TERIMA NIKAHNYA NURUL IMAN BINTI ISMAIL DENGAN MAS KAWIN 80 RINGGIT TUNAI..”
Tok kadi : sah..sah..sah..
Minah : Alhamdulillah (terus dy sujud syukur tanpa menghirau kan org sekelilng dy)

(SAAT MEMBATALKAN AIR SEMBAHYANG)
Minah : terima kasih ABANG kerana sudi mengambil NURUL IMAN sebagai isteri abang. Bimbinglah AYANG menjadi isteri yg solehah..(sambil tangan terketar-ketar tok salam dan cium tangan suci suaminya)
Mamat : subhanallah..terima kasih SAYANG sudi terima ABANG sebagai suami mu.. (sambil mengucup dahi isteri tercinta)

(MALAM PERTAMA)
Mamat : sayang , abang xsangka plak rase nye belum sebulan kite kenal ..tetibe je da kawin..ajaib betul..
Minah : tu nama ye jodoh..kuasa Allah bang..kite hanya merancang tapi Allah juga yg menentukan segalenye..
Mamat : Sayang boleh abang tanye sesuatu…?
Minah : Tanya la abang,.(dengan nada suare yg manje)
Mamat : nape sayang dulu garang sangat ngan abang..? tapi bile ngan orang tua abang n orang tua sayang ckp sopan….?
Minah : maafkan sayang abang..ayang bukan sengaje nak berkasar dengan abang..ayang wat semua tu sebab nk uji sama ada abang sabar x dengan kerena ayang..ayang nak abang terima ayang dengan seadanya..sebab sayang xnk kite hilang kemanisan cinta selepas berkawin gare2 abang da sentuh ayang sebelum kawin..ni sekarang kite da kawin..ayang milik abang..abang boleh sentuh ayang tanpa kene sound ngan ayang lagi..hihihi..abang nape abang kawin dengan ayang…??
Mamat : subhanallah…terima kasih sayang ku kerana menjaga batasan kita selama ini..abang pilih sayang kerana Allah…lepas abang wat qiamullai yg sayang suruh wat sehari sebelum nikah baru la abang dapat jawapan bagi perasaan yg tersembunyi antara kita berdua iaitu perasaan cinta.. I LOVE U SAYANG..waktu tu juga abang baru sedar ape hikmah ye kenape sayang suruh abang menghafal juzu amma dan membace terjemahan ye..semua nya indah sayang..terima kasih sayang…sekarang pun abang sedang berusaha menghafal juzu’2 yg lain…
Minah : Alhamdulillah ya Allah kau kurniakan aku suami yg soleh (sambil tangan ye menadah doa). Abang, nape abang bagi ayang banyak sangat duit hantaran RM 20 ribu dengan kerete ALPAHRD sebijik.. kan ayang da cakap kalau abang bagi 10 sen pun ayang terima..
Mamat : sayang..anggap la tu hadiah daripada abang..berape sgt la nilai ye jika nak dibandingkan dengan nilai seorang isteri solehah cam ayang..I LOVE U SAYANG UNTIL JANNAH.. ,
Minah : I LOVE U TOOO ABANG…UNTILLLL JANNATUL FIRDAUS…AMINNNNNNN….


awwww!
SUWEET kan?
ni aku jeles ni! >_<

Monday, 16 July 2012

The Start



erkk. haarloww~

alamak! ni yang paling aku tak reti ni. kk aku cube try test untuk men-describe-kan diri aku secara tak seberapa detail.


Name :
:: Iwan Kuun (id Fesbuuk)
:: si gajah lak panggil aku kambing, pacikk, Mr.Sweet dan etc etc. (gedik tol budak tu)

Age :
:: 17 years old (at year 2007)

Weight :
:: 68kg++ (heavy weight! gemuk!)

Tinggi :
:: 158.6cm (pendek!)

What aku doing right now :
:: dok kat umah majukan perut ke hadapan
:: online online dan online!

Address :
:: stay kat rumah manis rumah

Hobee :
:: rajin online
:: suka buat benda bukan-bukan, pelik mahupun tak senonoh dan gile-gile
:: makan makan hingga mempunyai 1 pack yang seksi di perut
:: makan kat warong penan dengan Arad
:: men futsal setiap rabu malam
:: stalking profile orang, like-like, poking poking
:: kacau orang kat Fesbuuk

Brain status :
:: unstable

Heart status :
:: oii! pulangkan hati kuuu~

p/s : copy dari blog lame dan di-modified sikit. -__-
PEMALAS betuul aku ni.