Tuesday, 17 July 2012

PIKOM PcFair


teruuk betoi kondisi papan kekunci lappy ku. T_T


yeahh bebeh! bertarikh 13 hingga 15 Julai, Pc-Fair kembali lagi di Kuala Lumpur Convention Centre! dan jeng jeng jeng! aku dapat jadi exhibitor! yahoooooo!

ape dia? exhibitor tu ape? dia adik beradik kepada thor jugak kut? hehe. exhibitor tu adalah, a person who displays works of art or other items of interest at an exhibition (sumber dari pacik google). haaa yang tuuu laaa exhibitor.

jadi, bekerjalah aku sebagai pekerja separuh masa selama tiga hari tiga malam di bawah syarikat PC Planet Sdn Bhd. Terimakasih kepada En. Naim Kecik kerana merekomenkan kerja ini pada ku~ sayang kau weh!


si gajah cakap aku hemsem! maluuuu wehhh~ :">
p/s : dibelakang ku adalah korean-man! En.Naim Beso.

eheeee. new experience for me! daripada ZERO knowledge pasal mouse, kini aku dah agak pakar bab titikus tanpa wayar! (berlagak gile aku ni) -__- tapi pakar tang brand AVF Rapoo je laa. jadi, ni adalah nasihat daripada aku andai korang korang dan engkorang nak beli tikus tanpa wayar :

1. Frekuensi dia 2.4ghz ataupun 5ghz?
standard frekuensi (2.4ghz) kadang-tekadang buleh terganggu oleh signal-signal dari wifi, bluetooth, frekuensi radio, television dan frekuensi lain yang sama waktu dengannya. dan Rapoo adalah pengeluar pertama di Malaysia yang mengeluarkan tikus berfrekuensi 5ghz! (Logitech beluum ade lagi 5ghz) tikus yang lebih setabil dan boleh pergi jauh! (standard range tikus tanpa wayar adalah 10meter persegi ye puan-puan)


2. Kepala mouse tu ada wayar ke tidak?
kalau tade wayar, maknenye tu adalah tetikus berteknologi tanpa wayar tak pun tetikus dengan gigibiru (bluetooth). hehe

3. Jenis bateri yang digunakan
standard bateri adalah bersaiz AA dan bateri ini biasanya tahan lebih lama berbanding bateri jenis AAA (yang kecik comey tu). dan kebiasaan juga, tikus tikus ber-gigibiru hanya mampu hidup selama tiga hingga enam bulan, manakala jangka hayat hidup mati seekor tikus tanpa wayar adalah enam hingga lapan debelas bulan. (tempoh dua kali ley mengandung tu!)


4. Saiz tikus
sekati korang la nak saiz ape. aku tak pakse. ade orang suke saiz yang ngam-ngam dengan tangan supaya lebih selesa ketika menggunakannya~ ade orang pula suke tikus yang kecik sebab ianya comey loteh (ade customer tu badan taff berketoi-ketoi, muke bengis da macam penjenayah pecah rumah, tapi beli mouse kecik2 celah jari. alahaaai, dalam hati ade taman rama-rama ye bro? comel~) oke yang dalam bracket ni rekaan je senanye. tolong jangan percaya. -___-

5. Harga!
kalau ada duit, beli la. kalau tade duit, sila menabung untuk masa depan yang lebih cerah dengan tikus-tikus yang diyakini oleh Dato Lee Chung Weh dan Dato Jeckie Chun.

6. DPi. erkk CPi? ehhh? DPi kut? entah? CPi kuut?
kalau korang google search, DPI ngan CPI tu adalah bende yang sama. tapiiiii, aku pun tak sure sebenarnya. apa-apa pun, kalau korang nak pakai tikus tu untuk biasa-biasa je, standard 1000dpi/cpi tu pun dah oke dahh. tapi kalau korang jenis yang gamergilegaban, aku syorkan pakai la yang 1600dpi/cpi dan ke atas. sure syok punye kalau nak maen dota, counter-strike, sudden attack dan etc etc.

oke, enuff cukup enuff mempromote tikus tikus tanpa wayar. 


macam-macam experience aku dapat time kerja kat Pc-Fair ni (yeayyy! aku suke pengalaman baru!). kalau penat tuuu, komfem laa ada. terketaq-ketaq haaa lutut ceq berdiri 10 jam. bak kata hijazi mase da duduk kat dalam bas "ni first time aku rase yang kerusi ni sangat selesa~" (penat punye pasal, kerusi bas metro yang da lapok tu pun ley jadi se-empok peruut aku).

bersambung. . .
.

No comments:

Post a Comment