Pernah tak korang dengar pasal coconut shake? Tak pernah? Orang KeyEl memang sah sah la tak pernah dengar pasal benda ni. Aku ni pun baru tahun lepas tahu pasal benda ni. Tu pun Arad yang habaq mase kitorang bercuti kat Melaka (hometown of Arad), kalau tak, komfirm tak kenal punye dengan benda alah ni.
Arad kata, tempat lahir asal coconut shake ni adalah dekat Pantai Kelebang. Benda ni tersangatlah popular dekat Melaka sampai "Jalan-jalan Cari Makan" sanggup datang ke Melaka untuk merasa benda ni. Kalau korang nak datang, sila jangan datang weekend kerana dikhuatiri tempat itu akan jadi terlalu sesak di kunjungi oleh pervert para pelancong. Tapi Arad penah cakap, dia sesak sebab ramai orang tapau-away, dine-in dia ta sesak sangat pun.
Nak di jadikan cerita, time rumah terbuka Naim Korea hari tu, Arad tiba-tiba cakap nak buat coconut shake. Dia mengidam la tu. (Nasib baik dia tak cakap nak pergi beli coconut shake dekat Melaka.) Memang kelapa depan rumah Naim Korea la yang akan menjadi mangsa. Dan mangsa si pemanjatnya, tentulah aku. (Why always me?) ~(-__-~)
"Weh wan, pergi amek kelapa, kita buat coconut shake."
"Kejap la aku tengah makan ni."
"Cepat la sikit makan. Lambat ar kau ni."
Lalalala.. ~(-__- )~
| Mee spagedik + kuah laksa. |
Setelah selesai makan makan dan makan dengan kenyang, Arad pun pergilah meminta izin dekat ayahanda Naim Korea untuk memetik buah-buah kepala yang mekar dan ranum di hadapan rumah Naim Korea. "Amek la semua. Nak amek dengan batang-batang sekali pun tak pe" pesan ayahanda Naim Korea. Hahahaha!
Misi memanjat dimulakan!
| Sila jangan cube try test aksi ini di rumah. (Sebab pokok kelapa mane de tumbuh kat dalam rumah.) |
Sebenarnya, tak susah mana pun panjat pokok kelapa ni (kalau guna tangga).
| Tolong-mentolong. |
Selesai memetik pokok kelapa, kami berempat menuju ke perkarangan rumah Arad untuk memulakan operasi. Tapi sebelum itu, aku dan Jenny pergi ke Carefour membeli ice-cream vanilla. Manakala Arad dan Aiman pergi ke kilang ice untuk membeli ice hancur. Better pakai ice hancur sebab mudah untuk di blend. Tapi dekat kedai, jarang mereka jual ais hancur.
Misi 1 : Kasi settle itu kelapa!
| Siyes ta reti. Kasi tibai je la! -_- |
Misi 2 : Kasi korek itu isi!
| Isi yang tebaal~ |
| Korek korek korek~ |
| Isi-isi kelapa. |
Misi 3 : Kasi campur itu semua ikut suka dan blend!
| Air kelapa, isi kelapa, ice hancur, air gula, dan ice cream vanila. |
| Siap di blend! |
Misi 4 : Sudah siap? Kasi makan laa! ~(-_- )~
| Om nom nom~ |
| The mastermind! |
| The right hand man! |
| The Jenny! -__- |
| The me! :D |
Hari yang mengenyangkan! Dekat rumah Naim Korea makan laksa dua round. Jenny malu-malu nak buat round ke-dua. Cheh! Tak cukup laksa, pi tibai kuih-muih serta biskut raya Naim Korea. Biskut choc dia sangat sedaaaap kut! Lepas makan-makan di umah naim, pi tibai pulak coconut shake. KENYAAAAAANGGG!! Alhamdulillah. Rezeki rezeki~
| Yang ni sape nak kemas? -__- |

napeeee time aku tade ?
ReplyDeleteape yg tade? o_O
ReplyDeleteair kelapa ni leeee
ReplyDeletedah kaw datang petang.. -__-
Delete