Wednesday, 8 August 2012

Olympic Google - Part 2


Jadi, pacik Google punye game olympic untuk hari ini adalah!!



BASKETBALL!!








And this is my best shot.








"Bersukan boleh MENCERDASKAN minda~"
p/s : siyesly, kalau korang rajin, you can score 45 points on that game!

.

Tuesday, 7 August 2012

Olympic Google


Hari ni aku terbace beluug Ateng dan,

ehh ehh korang ade check pacik Google tak hari ni?


Hurdle game!

Oleh kerana aku terjeles tengok ateng pung rekod,


jadi aku pun try main game tu dan...




ini je yang mampu aku lakukan. -__-



"Usaha itu escalator KEJAYAAN!!"
Orait! Jom main lagi!! ;D

.

Sunday, 5 August 2012

Mari Mengemas!


"Haihh. Bersepah betuuul bilik aku ni."



Itulah yang terdetik dalam hati aku TIGA BULAN LEPAS (Mak aih! Pemalas!). Aku pun tak tahu mimpi apa yang aku dapat, tibatiba je aku ter-rajin mengemas bilik aku. Jadi dengan berbekalkan nasi lemak semangat juang yang teguh, aku pun memulan misi mengemas bilik~

Dalam mengemaskini bilik aku tu, aku terjumpe beberapa barang peninggalan pra-sejarah!



Selepas ES PEE YEM~ (SPM)


Nametag Sushi King?

Dulu aku ade dua nametag ni. Yang ni manager salah taip. Yang satu lagi dah hilang. Mungkin peminat aku curi then buat frame dekat bilik dia kuut? (Perasan gile aku ni!) 

Time ni la aku mula berevolusi! Dari seorang yang keding macam penagih dadah, kepada seorang yang lebih sihat dan maju kehadapan (perut je yang maju kehadapan). Mane tidaknye? Setiap malam lepas closing, dapat makan free! Wooooooohhh!! Benda free? Sape tak nak kan? (Sekali lagi saya mention, pelempang free je saya tak nak) 

Setiap kali shift malam, sebelum kemas-kemas, menyapu dan mengemop, mesti pergi dapuur dulu, booking nasi satu mangkuuk, letak tori karage (ayam goreng), then kalau ade ebi fry (udang goreng) or ebi tempura (udang tempura), mesti kaut punya dulu! Lepas dah letakkan semua lauk pauk tu atas nasi, haaaaaaaaa! Memang tak sah la kalau tak bubuh mayonis keliling lauk pauk tu.


Tori Karaagay, Ebi Fry dengan Ebi Tempura! Oiiiishiiii!! (O_O)










Dan kadang-kadang aku pun tak percaya yang aku ni adalah pekerja Sushi King. Teruuk betuuul perangai aku ni. Haha! XD


















Komik-komik dari GempakStarz!

Antara koleksi komik yang aku masih ada (Yang hujung sekali adalah short novel, 143 by Kaoru). Sepatutnya banyak lagi, tapi dah berterabur di serata dunia seperti Draguun Ball dek kerana orang pinjam. Alaaa kira halal la tu~ 

Dulu aku memang rajin beli komik. Almaklumlaa dah bekerjaya dekat sushi king. Dapat gaji je, mesti nak beli komik! Memang satu kepuasan laa membeli komik ni. Lagi-lagi kalau dapat beli dekat KINOKUNIYA! Wooooooohhhh!! KEPUASAN dia memang tak boleh di gambarkan dengan kata-kata! XD




Cetusan Tasik (2009) dan Iltizam (2007)

Wohooooo!! Tu diaa tu diaaa! Zaman kegemilangan punye majalah!! Cube korang try cari muka aku dan artikel yang aku letak dalam dua majalah tu, mesti jumpe punye! ;D (Promote diri kejap) Siyesly, hati aku sangat keriangan gumbira bila majalah Cetusan Tasik tu dikeluarkan. Excited gile oooooo tengok cover depan dia! (^_^)



Antara kandungan Cetusan Tasik. Hehe!




Souvenir fresh dari KOREA! :D

Masa tahun 2010, Echaa pergi bercuti dekat Korea dengan kaka dia. 
Dan dia belikan souvenir ini untuk kami~
Yeaaaaay! Timekasih Echaaa! :D





Miaw si pencilbox!

Ini adalah kucing hitam yang ada zip di belakangnya.
Yang ni masa 2011 kalau ta silap? Ditemui ketika bercuti dekat kampung Arad, Melaka.
Officially di beli di Jonker Walk~





Nama-nama~

LCCI 2A Crew! Semester kedua ku di Institut Profesional Baitulmal~
Time ni lelaki ade lima orang je dalam kelas.
Hemsem hemsem plak tu! (Kecuali aku)





Online fesbuuk pakai kertas mahjung~

See? Betapa majunye dunia sekarang ni? Pakai kertas mahjung pun dah boleh online. Screen besar pulak tu! Siap boleh touch screen dan touch-up lagi! Hehe. Actually ni presentation kami mase semester 3, ketika kelas English for Career Purpose (ECPi). Dan kami dapat hadiah dari lecturer as the best presenter. Alhamdulillah rezeki. (Padehal english aku sangat tunggang langgang kut time tu?)





Ubat batuuk dan ubat demam?

  Ohhhh! Memori tahun 2012! Fatma Amanina bagi time dekat asrama dulu.
Time tu aku demam mase semester tiga punye exam. Adehh adehhhh.
Terimakasih kawaaaan~ :D



LAST BUT NOT LEAST!!!


Rakan-rakan seperjuangan! :D (Tapi tak semua ada dalam ni)
Terjumpe gambar geng-geng ketika semester terakhir!
Oke terpaksa admit yang gambar atas ni da ade dekat fesbuuk.


Manakala gambar di bawah ini pula adalah limited edition

















"Appreciate what you HAVE before it becomes what you HAD"
Dipetik dari pacik Google punya search. Haha!

.

Saturday, 4 August 2012

PIKOM PcFair - Bahagian 2



Sambungan dari entry PIKOM PcFair...


Oleh kerana jenguhh menunggu rakan-rakan sekerja dari PcFair upload picture, jadi aku putuskan untuk sambung entry ini. 

Orait, setelah berpenat lelah semput semput serta lenguh lenguh kaki, akhirnya tibalah hari terakhir untuk PcFair tu. Masa malam last tu, fuuuuuhh memang sale gile-gile ar! Ada yang siap baling-baling free gift lagi. Aku plak memang tak kan lepaskan peluang kalau ade benda-benda free ni (pelempang free je aku tak nak). Then dapatlaaah sehelai baju~ Memang fit fit arrr baju tu. Terserlah ONE PACK aku kalau aku pakai. Tapi oleh kerana aku ta suke sangat menonjolkan ke-taff-an aku, baju tu aku gunakan sebagai baju dalam (baju dalam?).

Oke oke straight to the ampang point, time dah last-last tu, dah tak ramai orang, tetibe member-member sekerja ku datang dari entah ke mana membawa benda petak-petak kecik comel, MURAH dan berwarna menarik! Memula aku ta tertarik pun na beli, tapi tetibe aku terpikir pasal Si Gajah

"Hohohoooo~ Oke gak kalau buat souv... suur.. sour.. (google search!) Haaa! Oke gak kalau buat SOUVENIR ni!?" hati kecil ku tetibe berbisik.

Jadi aku pun melangkah seribu berlari-lari anak ke kedai hujung tuuuh. Woaaaaahh!! Stock dia manyak lagi wooooo!!

Aku pun terus la menge-call Si Gajah, tanye dia, warne ape yang dia minat tanpa memberitahu untuk apa dan terus meletakkan phone dengan membiarkan dia tertanya-tanya (padan muke awak!). Then aku beli benda alah petak comel-comel kecik tu tanpa berpikir panjang lebar pendek dan tinggi. -__-

Haaaaa ni lah dia benda alah tu!


Treng teng teng!!


Biru Violetku~


Dia kate suke warna purple. -__-

Jadi jadi, setelah hampir sebulan menyimpan benda alah ni, akhirnya tadi petang, aku berjaya juga memberi benda petak-petak kecik comel ni kepada dia~

Alahaaaaaii~ Hati berbunga-bunga dapat jumpe dia~ <3 Aku SPEECHELESS gile wehh! Tapi seb bek la dapat control macho ala-ala Christiano Ronaldhino. Hahaha! ;D Senget tol aku ni. -___-

So, this is the end for PIKOM PcFair punye entry for this year~


"Hoho. And waktu awak senyum tadi! Sungguh sungguh KAWAII!"
Petikan dari SMS Si Gajah dan membuatku ter-blushing, 2012.


P/S : Kenapa aku asyik cerita pasal Si Gajah je ni? -___-

.