Sunday, 22 July 2012

1 Ramadhan 1433H


Oke pertama complex sekali,
aku nak amek kesempatan mencabul mengucapkan


selamat berbuka puasa!


SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA


kepada semua muslimin dan muslimat,
hadirin dan hadirat,
saudala saudali cikeboon cikeboon,
serta. . . erk. . .
sape-sape je lah yang berpuasa. ^_^

Semoga Ramadhan kita kali ini lebih baik dari Ramadhan sebelumnya. 
Orait? Aminnn. :]



Al-kisaaaah.
ayyiiiiiiiiib~


Hari pertama puasa, malam ke 2 tarawih. aku dengan semangatnye pergi ke masjid taman kosas untuk solat tarawih. Alaaa yang dekat depan sekolah SMK Taman Kosas tuuu. Aku parking kereta berdekatan masjid, dan terus meluru masuk ke masjid. masa na letak selipar, ternampak satu selipar crocs berwarna putih lusuh, berlubang di ibu jari kaki, dan bersaiz 9 atau 10. (kaki bigfoot, sepak bola mcm na bunuh orang!) 

"Ahhh! sudah sepastinya ini kepunyaan naim besar!" bisik hati kecilku.

Aku pun merangkak melangkah ke dalam masjid dengan, entah kaki kanan ke kiri, aku pun lupe dan dari jauh aku telah terlihat si naim besar berpakaian baju melayu serba ungu sedang duduk bersandarkan tarian tiang. Aku mendekati dia dan kami menari bersalaman untuk mengukuhkan lagi ukhuwah yang telah sekian lama terjalin antara kami (ayat ta nak kalah)

Selesai menunaikan solat Isyak, sedikit jamuan rohani di sajikan kepada para jemaah selama lebih kurang 20minit. Tazkirah di sampaikan oleh Ustaz Zulkiflie, beliau menceritakan tentang ekonomi umat Islam di negara Malaysia yang semakin merudum. Beliau juga ada mention tentang perbezaan antara manusia dan haiwan.

"Kalau manusia rasa manusia laju, harimau bintang lebih laju daripada manusia. Kalau manusia rasa manusia hebat berenang, ikan di sungai dan lautan lebih hebat berenang daripada manusia. Kalau manusia rasa mereka kuat, GAJAH lebih kuat daripada manusia (time ni aku tersengih-sengih). Dan kalau manusia rasa manusia  ada nafsu macam binatang, binatang lagi la hebat sebab nafsu binatang boleh sampai ke atas pokok. Manusia mampu ke buat atas pokok? Hahaha! Tapi apa yang membezakan antara manusia dan haiwan adalah AKAL FIKIRAN."

Jadi, gunakanlah apa yang telah dikurniakan oleh Allah dengan sebaik-baiknya.

Dan beliau juga ada cerita tentang cara-cara orang kafir menyesatkan manusia. Ringkasan ceramah beliau adalah seperti berikut : "Zaman dulu, firaun cuba membunuh nabi tapi umat Islam tetap setia dengan ajaran agama mereka. Tetapi lain pula dengan cara Samiri. Samiri tidak membunuh nabi, tetapi Samiri memesongkan akidah umat Islam dengan meyakinkan mereka kepada tuhan Lembu Emas yang di buat oleh dia. Dan cara ini jugalah yang sedang dilakukan oleh orang-orang kafir pada zaman ini untuk menyesatkan umat Islam. Mereka tidak membunuh orang Islam, tetapi mereka menyesatkan umat Islam dengan perkara-perkara yang membuatkan mereka lalai iaitu seperti hiburan, budaya barat, arak, judi, dan sebagainya."

Dan penutup untuk tazkirah, ustaz tu telah menceritakan kisah tentang seekor burung kecik di zaman Nabi Ibrahim (bukan burung twitter ye kawan-kawan).



si burung pipit yang montel~

Ketika Nabi Ibrahim dibakar hidup-hidup oleh api (yang gedabak besar) Raja Namrud, datang seekor burung pipit membawa air dengan menggunakan paruhnya yang kecik. Burung pipit yang kecik itu bersungguh-sungguh cuba untuk memadamkan api yang gedabak tu walaupun kuantiti air yang dibawa sangat sedikit (ibarat memberi sebutir nasi kepada seekor gajah. Alahai ciput haaa!). Sedang burung pipit ni berulang-alik mendapatkan air, tiba-tiba datang malaikat menahan burung kecil itu.

"STOP STOP! Wahai burung, mengapa kau bersungguh-sungguh ingin memadamkan api yang besar gedabak itu? Tidak kah kau tahuu yang dengan kuantiti air yang sedikit itu, seribuu tahun mana mungkin api itu akan terpadam?" kata malaikat.

"Wahai malaikat, jikalau aku berfikiran seperti itu, sudah pastinya aku tidak berada di sini sejak awal-awal lagi. Akan tetapi, aku terfikir apa yang aku patut jawap kepada Allah ketika di akhirat kelak jika Allah bertanyakan kepada ku, apa yang aku buat ketika nabiku dibakar hidup-hidup oleh api yang marak."

"Jadi wahai malaikat, demi nabiku, ini sahaja yang termampu olehku. Jikalau aku adalah seekor gajah, aku akan buat apa yang termampu oleh seekor gajah, dan jika aku adalah malaikat, aku akan buat apa yang termampu oleh malaikat, dan oleh kerana aku hanyalah seekor burung yang kecil, maka aku akan buat dengan cara seekor burung yang kecil." jawap si burung pipit tuu.


Selesai jamuan rohani, kami semua menunaikan solat sunat tarawih 8 rakaat dan witir 3 rakat. Agak ter-angguk-angguk jugak laah aku mase solat tarawih tu (mengantuk punye pasal).

Lepas dah habis tunaikan solat sunat tarawih, aku dengan Encik Naim Beso bercadang nak pergi makan Char Kuey Teow dekat warung depan Astaria tu. Tapi apakan daya. Sampai je dekat kereta, enjin tak boleh start. Halamaaaak! Aku terlupe tutup lampu kereta! Memang bateri kereta kong ar namenye. Adehhh.



muka redha dan pasrah. T_T

Call bapak, dan 15 kemudian bapak datang dengan kereta waja beliau. Aku ngan naim pergi ambil jumper (tu haaa, wayar warna merah dengan hitam kt gambar bawah ni) dekat rumah naim, dan kami pun re-charge balik bateri kereta saga putih tu.


bateri dan bateri dihubungkan melalui jumper.


Alhamdulillah, akhirnya kereta dapat dihidupkan kembali.


Terimakasih Encik Naim Beso dan Encik Bapak! :]




p/s : ketika sedang mendengar tazkirah, tetibe aku didatangi oleh satu text message,


kandungan message dirahsiakan.. ;D

Tersengih-sengih haaa aku bace message budak senget sorang nih. -__-

.

2 comments:

  1. mak aihh .retak dah hp. terboek. aha

    ReplyDelete
  2. memang da lame retak.. bile na blanje aku hp baru? :3

    ReplyDelete